Running Man - My Favourite Tv Show Ever

Sunday, November 10, 2013

Rasanya mesti ramai yang minat Running Man kan. Saya pun tak terkecuali. Memang minat sangat dengan Running Man. Saya mula tengok rancangan ni awal tahun 2013. Memang dah agak terlambat. Tak sangka rancangan ni rupanya dah bertahun2. Mula saya terjebak, sebab kawan saya agak fanatik juga. Bila saya mesej dia, tanya dia tengah buat apa, dia cakap dia tengah layan Running Man. Siap bermarathon pulak. Jadi saya pun tertanya2, apa yang best sangat dengan Running Man ni? Saya pun cuba nak tengok jugak. Saya masih ingat, episod pertama yang saya tengok, episod 126. Mula2 tu saya tak berapa nak faham. Tapi tak tahu kenapa walaupun tak faham, tapi saya masih melekat depan tv. Lepas tu tengok lagi episod seterusnya dan lama2, barulah saya faham kenapa kawan saya dah macam addicted dengan Running Man.

Sekarang ni, saya dah jadi peminat tegar Running Man. Dalam Running Man, paling saya suka Kim Jong Kook dan juga Song Ji Hyo. Bagi saya, kedua2 ace dan sparta ni memang pandai bermain terutamanya yang melibatkan puzzle. Saya kagum tengok Sparta dan Ace selesaikan puzzle terutamanya dalam episod 79, Sherlock Holmes. Start dari tu, memang saya minat dengan mereka berdua ni dan memang follow semua aktiviti mereka berdua. Bagi saya mereka berdua ni memang daebak!


Masa Kim Jong Kook buat fan meeting dekat Malaysia, saya berpeluang untuk tengok dia dari dekat. Bagi saya, dia memang pandai layan peminat dia dan tak sombong. Ada tak reader yang minat dengan mereka berdua ni. Kalau ada, kita memang geng.. :)



You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews