Projek Ratu Premium Beautiful - Part 2

Tuesday, August 12, 2014

Untuk projek ni, kami memilih dress dari Zawara. Sebab dress dekat Zawara ni cantik dan sopan. Memang ia direka untuk wanita muslimah. Kalau dulu, nak cari dress memang sukar untuk Zaza sebab kebanyakan dress memang agak seksi sikit. Hehe.

Beberapa hari sebelum photoshoot, Zaza ajak Sal teman ke Zawara dekat Kota Damansara. Sebelum raya memang ada survey tapi takda saiz dan takda color yang Zaza nak. 



Ok tak? Mula-mula try yang color putih cream, tapi takda saiz. So try yang ni. Rasa macam ok je kan? :p



Tengoklah Danish tu, nakal betul dia. Main nyorok-nyorok pulak kat dalam fitting room tu. Danish, ok tak baju aunty ni? :p



Try color ni pulak. Adui, rambang mata jadinya. Confuse nak ambil yang pink ni atau yang biru. Nak kena ambil 2 sekaligus ke?

Bagi anda yang tercari-cari dress muslimah, bolehlah dapatkannya di Zawara. Semua cantik-cantik. Jangan jadi macam Zaza sampai rambang mata ya :p


Zawara Kota Damansara
No G42, Jalan PJU5/21
The Strand Kota Damansara
Petaling Jaya
Tel: 03-61514781

Lokasinya senang je. Berhampiran dengan Encorp Mall The Strand Kota Damansara.

Atau kalau nak tengok outlet Zawara, bolehlah pergi click di sini 


Dah lepas shopping di Zawara, Zaza dah booking Sal untuk sesi Personal Touch. Bukan apa, bila buat business ni, Zaza memang perlukan seorang mentor untuk guide Zaza dan seseorang yang boleh berikan nasihat dan tunjuk ajar dalam business ni. Thats why Zaza rasa, seronok sangat dalam kumpulan Top Leaders Circle ni, sebab kita ada tempat untuk mendapatkan nasihat dan seseorang untuk membimbing kita. Kalau uolls nak join Top Leaders Circle ni pun boleh. Just contact Zaza dan Zaza sedia untuk berikan tunjuk ajar yang sama juga :)




Sesi coaching ni memang buat dalam keadaan santai je. Lebih relaks dan tenang. Sambil-sambil discuss tentang bagaimana nak besarkan volume dan nak lebarkan perniagaan ni, sambil discuss juga tentang Projek Ratu Premium Beautiful. 



Ok, dah lega dapat dengar tip2 dari mentor kesayangan ini. Harap-harap apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Amin.

Selesai tugas untuk hari ni. Tugas yang besar pula menanti keesokan harinya. :)

Dan balik dari sesi coaching tu, Zaza pun google lah, cara nak pose. Haha sakan kan. Harap-harap tak jadi kayu :p

You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews