Nak Kurus

Wednesday, February 11, 2015

Macam-macam cara rupanya wanita sanggup lakukan untuk kurus tanpa memikirkan kesan negatif. Terbaru, Zaza dapat tahu, ada wanita yang sanggup ambil ubat kurus semata-mata nak kurus. Dan yang paling menyedihkan, ubat tu menahan nafsu makannya. So, dia jadi tak berselera untuk makan. Tapi, perut rasa lapar sangat. Dah badan jadi lemah sebab tiada zat dan menahan rasa lapar tadi.

Uoll... Kalau nak kurus, janganlah sampai memudaratkan diri sendiri. Takut lah Zaza dengar cerita-cerita macam ni. Bukan apa, mungkin kita boleh kurus dengan cara tu, tapi badan tak bertenaga dan jadi lemah pun tak cantik jugak kan? Kita nak badan biarlah kurus, tapi sihat dan bertenaga. Itulah yang membuatkan seseorang itu kelihatan cantik. Berbanding kurus tapi tak bertenaga kita akan kelihatan seperti orang sakit dan tak bermaya.

Nak diet, biarlah diet secara sihat. Zaza pernah terbaca diet cara Kevin Zahri seorang guru fitness yang memang tekenal di Malaysia ni. Mungkin anda boleh cuba amalkan cara beliau.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. 
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Dan ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 
Macam Zaza, dulu waktu Zaza muda remaja, memang tak pernah kawal pun makan. Tapi sebab badan memang kurus, so, Zaza tak pernah terfikir lah untuk gemuk. Sebab kita rasa, makan banyak macammana pun badan tak akan mengembang. Tapi bila dah masuk 30-an, Zaza terasa seperti gemuk, padahal bila timbang, berat sama je, tak berubah. Lepas tu, Zaza pun mulalah skip makan, tapi lagi teruk, badan rasa gemuk dan cepat letih. Sebab metabolisme dah semakin menurun disebabkan faktor usia dan aktiviti yang tak aktif. Memang risau sangat masa tu. Memanglah tiada siapa yang kata Zaza gemuk waktu itu, ya, lah bila timbang pun berat memang tak berubah, tapi diri sendiri yang mula rasa tidak selesa.

Nak bersenam, memang jauh sekali. Mana ada masa nak buat semua tu kan. Kalau dapat buat pun sekali sekala je. Nasib baiklah Zaza diperkenalkan dengan Premium Beautiful. Itupun waktu tu agak sombong tak minat nak pakai, sebab rasa, bila pakai corset nanti badan akan jadi lagi kurus. So, bila Zaza study sendiri kebaikan Premium Beautiful ni, lama-lama Zaza jadi berminat nak pakai. Dah lah testimoni depan mata kan. Tu yang rasa membara nak pakai. Kawan-kawan Zaza memang pakai corset ni, dan terbukti badan mereka memang maintain, tak perlu berlapar, dan nampak cergas walaupun dah beranak 2-3 sekalipun.  Bila pakai,seriously jatuh hati dan memang tak pernah miss pakai sejak dari hari pertama lagi. Kesan ketara yang Zaza rasa ialah, badan Zaza dah ada shape! Takdalah straight je kan! Dulu nak pakai kebaya pun berfikir 2-3 kali. Sekarang ni, dah tak payah nak fikir dah. Tengok berkenan je, terus je beli tak perlu nak fikir pun. Dan, Zaza dapat kekalkan saiz S sampai sekarang. Kenapa Zaza cakap macam ni. Sebab, ramai juga wanita yang Zaza kenal, dulu memang badan kecil, saiz S, tapi bila dah 30-an, mulalah badan mereka dah bertukar saiz. Ok, Zaza memang takut sangat bab-bab ni. 

Selalu je kan, kita tengok orang yang kurus ni kalau makan memang banyak, tapi tak gemuk-gemuk. Zaza nak beri pendapat Zaza. Janganlah terlalu selesa dengan keadaan badan kita yang kurus walaupun makan banyak. Kalau anda seorang yang konsisten ke gym atau buat senaman, takpalah. Ini, dah lah makan banyak tapi takda buat senaman. Memanglah sekarang ni masih kurus, tapi akan ada satu tahap, metabolisme perlahan, dan waktu itu janganlah complain badan dah naik ya. Sebab tak buat langkah dari awal. Selalunya itulah yang Zaza lihat. Tak sedar, badan sebenarnya dah naik, tau-tau, pinggang seluar dah semakin ketat, perut dah mula kelihatan, pipi naik. Waktu itu, bila kita diet macammana sekalipun, badan akan terus membesar. Sebagai contoh, lihat je lah artis wanita Korea. Agak-agak mereka tak buat sesuatu ke untuk kurus cantik macam tu? Mereka pun ada diet plan mereka sendiri. Artis hollywood yang tetap cantik walaupun dah berusia. Mereka juga ke gym untuk buat workout. Semua lakukan sesuatu untuk kekal kurus dan langsing macam tu. Tapi kita pula, dah berpuas hati, makan apa saja, senaman memang jauh sekali. Tak fikir kesan waktu akan datang. Zaza cakap ni pun berdasarkan pengalaman Zaza sendiri.

So, kesimpulannya, waktu tengah cantik kurus ni lah nak kena jaga elok-elok. Kalau rasa malas bersenam, bolehlah ikut cara diet di atas. Kalau rasa kedua-duanya macam susah nak buat, bolehlah cuba sendiri dan alami pengalaman hebat dengan Premium Beautiful. Tak perlu berlapar untuk nak nampak cantik! Bonus bagi mereka yang pakai corset ni, bukan je dapat badan yang cantik, tapi juga kesihatan pun semakin baik. Bukan sebab Zaza agen Premium Beautiful maka Zaza agak bias sikit dalam membuat penilaian, tapi sebab dah cuba sendiri kehebatan corset ini. Sebab itu, Zaza berani berkongsi dengan semua wanita yang nakkan badan yang cantik dan kurus yang memang menjadi idaman setiap wanita :)


Zazalina

019 307 5397

You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews