Day 1 : Bercuti Ke Seoul, Korea

Tuesday, May 09, 2017

21 April 2017

Tak sabar nak berangkat ke negara Kpop ni. Flight ke Seoul jam 1.00 am, so habis je office hour pukul 5.30pm, terus balik ke rumah, mandi, solat, makan. Dalam pukul 9.30pm, kami bergerak ke KLIA2, dan sampai di airport lebih kurang 10.30pm, singgah isi minyak dulu siap-siap. Kak Zaza park kereta dekat parking KLIA2 je, sebab nak memudahkan perjalanan. Kalau nak naik tren, penat juga nak tolak luggage dari rumah ke stesen LRT. So, nak senang, kami park kat sini je lah. Kak Zaza letak kereta dalam 6 hari, parking RM210.00.

Sampai je dekat airport, terus ambil pocket wifi dekat WIYO. Memang lah orang kata wifi bersepah kat Seoul, tapi nak dapat wifi pun terhad juga kan. Kalau kat tepi jalan, mana pulak nak cari wifi. Kalau ada pocket wifi ni senang, boleh je guna internet bila-bila masa. Senang nak google kalau tersesat.. Oppss. Dan senang juga nak contact orang-orang dekat Malaysia, dan orang-orang dekat Malaysia pun senang nak contact kita. Sewa pun agak murah, cuma RM14 sehari dan unlimited. Coverage pun sangat-sangat tip top, tak pernah tersangkut langsung. Nak tahu lebih lanjut lagi boleh click kat sini http://www.wiyo.my/



Itinerary ke Seoul Korea


Sementara tunggu flight, kita bergambar dulu ya :p

Dah lepas ambil pocket wifi, terus check in. Tepat pukul 1.00am, kami berangkat ke Seoul. Wahhh excited sangat. Tak sabar nak teroka bumi Seoul.



Itinerary ke Seoul Korea

Itinerary Ke Seoul Korea
Tak dapat duduk sebelah-sebelah sebab tak pilih seat. Kalau nak pilih seat, biasalah ada charge lain pulak :p

Dalam flight, macam biasa kita akan diberi kad declaration so isi siap-siap ya, nanti terus je bagi kat immigration kat sana.

Jam 8.00 pagi waktu korea, kami selamat mendarat. Urusan dekat airport ambil masa lebih kurang 1 jam juga.  Dan bermulalah perjalanan kami di bumi Korea ini. :)

Itinerary ke Seoul Korea


Yeay dah sampai



Itinerary ke Seoul Korea

Itinerary ke Seoul Korea

Itinerary ke Seoul Korea


Itinerary ke Seoul Korea
Kena naik tren untuk ke arrival hall


Untuk ke hotel kami di Hill House Hotel, Myeongdong, kami pilih naik airport bus. Sebenarnya ada banyak cara pengangkutan dari airport. Boleh naik bas, AREX train atau teksi. Tapi kami pilih naik bas, sebab lebih selesa dan terus sampai ke Myeongdong. Kalau naik AREX train, kena tukar tren dari AREX ke Seoul Metropolitan subway dekat Seoul Station. Kalau nak naik teksi, cost lebih mahal.


Itinerary ke Seoul Korea


Cara naik airport bus dari Incheon ke Seoul
Counter tiket, ada dekat luar arrival hall.

Cara naik airport bus dari Incheon ke Seoul


Untuk naik bas, terus je pergi dekat exit 11B, dekat luar arrival hall tingkat 1. Terus je pergi ke kaunter tiket, dan beritahu destinasi kita. Macam Kak Zaza nak turun dekat Namdaemun Market, bagitau je dekat counter nak pergi Namdaemun Market, dia terus beri tiket bas nombor 6015. Harga tiket 14000W. 



Cara naik airport bus dari Incheon ke Seoul



Cara naik airport bus dari Incheon ke Seoul
Nak naik bas, tunggu dekat sini ya, ada tulis nombor bas kita.






Sejuk sangatttt Seoul. Keluar je dari airport, menggigil pulak kesejukkan. suhu masa ni lebih kurang 13 darjah celcius. Cuaca panas, tapi banyak angin, tu yang rasa sejuk macam duduk dalam aircond.


Bas memang selesa, ada tempat letak luggage semua. Bila bas sampai, dia akan masukkan luggage kita dan beri tag. Terus beritahu driver destinasi kita. Dalam bas kena pakai seat belt. Driver akan pastikan semua orang pakai seat belt baru dia jalan. Dalam bas ada tv, so dia akan beritahu destinasi kita dalam tv tu. Ada 4 bahasa tak silap, termasuklah bahasa English. Bila dia kata next station Namdaemun Market, terus je tekan loceng, ok. So, tak perlu takut lah kalau tak sure nak turun dekat mana.















Permandangan dari dalam bas. Bolehlah nampak saki-baki bunga sakura. 


 Masa ni ada kempen pilihanraya rasanya. So, ada banyak polis tengah berkawal. 


Lebih kurang sejam juga perjalanan dari airport ke Myeongdong. Dah sampai, driver bas terus beritahu Namdaemun Market. Dan bagi tag luggage tadi dekat dia, dan dia akan ambilkan luggage kita. 



Turun dari bas, alamak, Kak Zaza tak tahu nak menuju ke mana. Nampaknya peta dan gambar yang Kak Zaza print siap-siap tak sama dengan keadaan sebenar. Sebabnya gambar yang Kak Zaza print tu daripada stesen Hoehyeon exit 1. Makanya, tercangak-cangaklah kami sekejap mencari jalan nak ke hotel. Rasa macam dah putus asa juga masa tu, dengan tarik luggage yang berat ke hulu ke hilir. So, kami pun tahanlah teksi nak tanya lokasi hotel tu. Tiba-tiba ada seorang wanita Korea datang dekat kami, tanya boleh cakap English? Dan dia tanya nak pergi mana? Cuba bagi alamat, sebab kalau tanya orang pun mungkin takda siapa yang tahu, katanya. So, kami pun tunjuklah alamat hotel kami, dan dia pun cari dari handphonenya. Dia pun tunjuklah direction, ambil lorong ketiga, katanya. So, kami pun jalanlah menuju ke lorong yang ketiga, tapi sampai situ, masih tak sama dengan gambar yang kami ambil.

Dah penat jalan, tiba-tiba ada wanita tegur kami, nak tengok gambar yang kami print tu. Lega hati bila dia kata dia tahu gambar tu dekat mana. so dia pun tunjukkan direction. Sebenarnya senang je, cuma Kak Zaza ni je yang suspen habis. Hehe. alhamdulillah, kami berjaya pun jumpa hotel tu.

 


Masa ni dah rasa macam putus asa tau. Ye,lah baru hari pertama dah sesat macammni, macammana nak teruskan ke itinerary seterusnya. Tapi fikir positif saja.



Dah sampai hotel, kami tak dibenarkan untuk ke bilik lagi sebab waktu check in jam 3.00pm, jadi kami tinggalkan je luggage dekat hotel. Nasib baik lah hotel ni ok, dia bagi kami peta seoul, dan peta subway. So kami cuma berpandukan peta yang diberikan oleh pihak hotel tu je.


Penatttt. Study dulu map sebelum ke plan seterusnya.


Plan seterusnya nak makan dekat Halal Chopstick, yang kini dah ditukar nama kepada Halal Kitchen. Restoran ni pemiliknya Korean muslim. Restoran ni juga boleh buat delivery tau.  

Sebelum tu singgah sekejap ke 7 Eleven untuk top up kad T-Money. Kat Malaysia kan kita dah biasa cakap top up kan. Sekali kat sana dia tak faham daaa... Rupanya dia cakap charge. So lepas ni dah tau, kalau nak top up kad T-Money, beritahu dekat cashier tu nak charge kad. Hehe..

Cara nak ke Halal Kitchen ni senang je. Naik tren turun dekat Sinchon station, Line 2, exit 7. Lepas tu jalan je terus sampai jumpa 7 Eleven sebelah kanan. Sebelum jumpa, kita akan lalu banyak kedai-kedai dan Sinchon Yeonsei hospital sebelah kiri. Ada lorong antara 7 eleven dan Paris Baguette, pergi ikut lorong tu. Jalan je terus dalam 100m, dan akan nampak restoran ni di sebelah kanan. :)



Peta tak tinggal tu. Hehe


Omija Tea. Sedap.. Memang hilanglah keletihan lepas penat jalan cari hotel tadi.  Teh ni rasa sweet, sour, salty, bitter, spicy.. Ha, semua ada kan :p 
Harga 4,000Won.


Kak Zaza order Dalgakbi Chicken. Harga 8,000Won 


Dapat pun makan authentic korean food. Memang sedap.




Dah kenyang barulah ada mood nak bergambar. Hehe. 

So, seterusnya kami ke Hongdae sekejap untuk jalan-jalan saja.








Kat Seoul ni banyak angin tau. 


Dah lepas jalan-jalan tu, kami ke Youido Park pula. Nak ke sini, turun ke Yeoinaru Station, line 5 exit 1






Dekat sini memang ramai yang naik basikal. Boleh juga kalau nak sewa dekat sini.


Lepas tu, kena marah sebab berdiri kat tengah jalan ni.. Hehe




Bangunan 63 kat belakang tu. Tak sempat nak pergi situ sebab dah penat berjalan. Hehe.

Tengah jalan-jalan tu, tiba-tiba ada pelancong dari Arab tegur tanya kami dari mana. Cakap bahasa Malaysia la pulak. Excited pulak dia bila kami kata dari Malaysia. Pelancong Arab tu datang bercuti dengan isteri dan anaknya. Tapi fasih berbahasa Melaysia. Dia tanya, kerja kat sini ke? Hehe, baru sehari kat Seoul dah nampak macam orang Seoul dah ke? :p









Kalau nak naik cruise pun boleh. Bolehlah menikmati kecantikan sepanjang sungai Han ini. Kalau tengok drama Korea atau Running Man, mesti tau kan.




Itu saja lah aktiviti kami pada hari pertama. Kesimpulannya, tak sangka best sangat hari pertama ni, walaupun ada beberapa masalah teknikal, dan ada beberapa rancangan terpaksa dibatalkan atas faktor masa dan kaki yang mula kesakitan. Haha, jahatlah kaki ni, masa ni pulak dia buat hal sakit. Niat nak jalan kat 63 building dan naik cruise terpaksa dilupakan. InsyaAllah kalau ada peluang ke sini lagi, pasti 2 benda ni akan kami pergi. 



Kalau nak lagi jimat kan, boleh beli discount voucher dekat link dekat bawah ni. Kat sini macam-macam discount ada. Kak Zaza pun teruja tengok discount dari Trazy ni. Memang jimat habis!

AREX Airport Railroad Express Train Discount Ticket

Trick Eye Museum Seoul & Love Museum Ticket

Kak Zaza juga dapatkan banyak voucher daripada Korea Tourism Organisation (KTO) di Malaysia. Caranya pergi je ke web KTO Malaysia dan jawab survey, untuk dapatkan banyak coupon dan voucher.


Tips bercuti ke Seoul, Korea

T-Money juga dapat free je dari KTO ni. Jadi bila sampai kat sana, cuma top-up je lah berapa yang kita nak guna.


Tips Ke Seoul, Korea

N'licious tak lupa bawak, supaya perut kat sana tak meragam dan sembelit. Nanti tak happy pulak nak jalan-jalan kan :p



So sekarang, masa untuk memanjakan diri di bilik hotel :p

Dan tak sabar untuk meneruskan journey di hari kedua di bumi Seoul ini.

You Might Also Like

17 comments

  1. Bestnye..mana sambungan citer:)anggaran brape habis belanje kat sane ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best... Rasa nak repeat lagi pergi sana... Kos untuk flight, hotel dan belanja kat sana lebih kurang RM3K jugak.

      Baru je update sampai hari ketiga..

      http://www.zazalina.com/2017/05/day-2-bercuti-ke-seoul-korea.html
      http://www.zazalina.com/2017/05/day-3-bercuti-ke-seoul-korea.html

      Delete
  2. Salam zaza.. zaza stay hotel.mane ye haritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam :)
      Saya stay dekat Hill House Hotel Seoul. Rate 1 malam cuma RM138 je. Best dekat dengan Myeongdong dan Namdaemum Market

      Delete
  3. Salam, camna nak contact? Berminat nak iklan kat blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email saya zazalinaothman@gmail.com

      Delete
  4. entry ni lengkap dapat bantu saya buat itinerary 😊 in sha Allah, saya ke korea 3/2018 jemput singgah blog saya https://thirtynetwork.com/redvelvet

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah blog saya. bestnya pergi korea. enjoy ya. nanti bolehlah share cerita :)

      Delete
  5. Hi. Boleh share itenarary & cost di korea? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Nanti saya send dekat email ya :)

      Delete
    2. Boleh email saya kat zazalinaothman@gmail.com

      Delete
  6. Hye..boleh share your itinerary to korea? Tq �� missatiqah104@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Hi. Boleh email saya itinerary+cost ke korea? aqilatul.rahim@gmail.com
    Thankyouuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  8. Hi. Boleh share itineriti n cost di korea? nurulhananikamarudin@gmail.com terima kasih ya.

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews