Day 5 : Bercuti Ke Seoul, Korea

Tuesday, October 10, 2017

Hari kelima di bandar Seoul. Hari ni seperti yang Kak Zaza beritahu dalam entry sebelum ni, kami plan nak ke Namsan Tower dan jalan-jalan di Gangnam.

Pagi ni relaks sikit, takdalah keluar awal sangat macam hari sebelum ni, sebab cable car untuk ke Namsan Tower beroperasi pukul 10 pagi.

Seperti biasa, kami bersarapan di hotel dulu sebelum memulakan hari kelima di Seoul ini.





Untuk ke Namsan Tower, pihak hotel dah beri peta siap-siap. Jadi kami just ikut je peta ni. 




Untuk ke Namsan tower sebenarnya ada pelbagai cara. Salah satunya macam cara kami, naik cable car. Untuk ke cable car pula, kami naik Namsan Orumi atau lift yang terus menghubungkan kita ke cable car.  Sebab hotel kami dekat je, maka kami cuma jalan kaki je untuk ke Namsan Orumi. Kalau yang jauh, boleh naik tren dan berhenti di Myeongdong station. Kalau uolls dari Myeongdong station tu teruskan jalan sampai jumpa tempat ni.




Ha, inilah lift yang akan membawa kita ke cable car tu. Sementara tengah tunggu lift tiba-tiba ada lelaki Jepun tegur Kak Zaza. Dia tanya, Malaysia? Kak Zaza pun jawab lah ye. Lepas tu dia tanya Malaysia dekat mana? Sebab dia pernah pergi Melaka. Tapi mereka ni rasanya bekerja kot. Bukannya pelancong. Popular betul kan, mana pergi je semua tahu Kak Zaza dari Malaysia. Hehe.


 Sampai dah ke cable car. Ada pulak iklan Shinsegae ni. Saja je bergambar dengan brochure ni nak bagi kawan Kak Zaza jealous sebab dia peminat tegar GD.









Sayup dari jauh nampak Namsan Tower.





Permandangan dari atas. Macam biasa tengok dalam drama Korea kan.







Dalam cable car

Oh ye, nak naik cable car ni kena beli tiket dulu. Harga 17,000Won untuk 2 orang, pergi balik.













Dah sampai :) Tapi belum lah sampai lagi ke Namsan Tower tu. Kena naik tangga tu dulu.







Kat mana-mana je penuh dengan pad lock cinta ni.








































Kagum pulak tengok pad lock ni. Cantik bila dah letak banyak-banyak, nampak macam deco je dari jauh.







Dah sampai atas. Kat atas ni pun banyak lagi pad lock tu.








 Haechi Seoul, mascot bandar Seoul.





















Ada lagi kat atas ni.























Ok. Dah puas bergambar kat setiap ceruk yang ada, Kak Zaza naik tower ni pula. Tiket pun Kak Zaza dah beli siap-siap dari KL lagi. Harga tiket 10,000W, tapi beli online dapat 7500W saja.



Boleh tengok kat sini









Rindu saya pada orang Malaysia 4,579.51km jauhnya. :p






Bandar Seoul dari observatory.







Tak lama pun kat atas tu. Kalau taknak naik pun takpa.

Turun-turun je, terjumpa booth untuk pakaian Hanbok. Walaupun dah pakai masa hari ketiga, tapi eh, nak pakai lagilah. Free kan.







Kenapa serius sangat ni oppa








Tak boleh lama pun. Cuma 15 minit je. Lepas tu kena panggil semula sebab ramai sangat yang tunggu turn.


So, dah puas berjalan kat Namsan Tower, kami bergerak ke bandar Gangnam pula.




Menuju ke Myeongdong station

Nak ke Gangnam, kami turun dekat Apgujeong Rodeo Station (Bundang Line), exit 2.






Kat stesen ni ada tapak tangan artis Kpop. Peminat-peminat Kpop mesti suka datang sini!




Kecik je tangan Goo Hara ni. Besar tangan Kak Zaza je.








K Star Road.


Keluar je dari tren, terus nampak patung KPop atau GangnamDol di sepanjang jalan. Ia adalah patung simbolik kepada kumpulan Kpop popular di Korea. KakZaza pun tumpang sekaki je lah kat doll ni.



Sukalah tu ada Shinee. Hehe 

Seronok lah kakak Kak Zaza ni. Peminat Shinee. Kak Zaza rasa macam nak pergi carik Kim Jong Kook je. Hahaha, macamlah tau kat mana kan.

Selain Shinee ada Super Junior, CNBlue, EXO, Girls Generation dan banyak lagilah idols.






Tumpang sekaki jugaklah. Hehe





Yang ini CNBlue



Super Junior






Cantik bandar Gangnam ni























Dah penat jalan sepanjang Kstar road ni, kami bergerak ke SM Town @ Coex Artium pulak. Cantik pulak stesen ni.











 Untuk ke sini turun dekat Samseong Station, Line 2 Exit 6.

SM Town ialah tempat pameran artis-atris di bawah naungan SM. Kat sini ada trophy-trophy yang pernah dimenangi mereka, gambar-gambar dan ada juga merchandise yang boleh dibeli di sini. Artis SM termasuklah Shinee, Super Junior, Exo, TVXQ, Girls Generation dan lain-lain lagi yang Kak Zaza pun tak pasti lah. Hehe.









Jom masuk dalam ni






















Penat jalan, perut pun dah lapar. Mana taknya dah pukul 4pm. So, kami pun bergerak ke Yoeksam Station, line 2. Ada apa kat sini? Restoran halal lamb grill, YangGood. Restoran ni bukak pukul 4pm dan tutup pada hari Ahad.

Macammana nak ke sini? Dari Yoeksam station, keluar dari Exit 6, jalan terus sampai penghujung blok. Restoran KFC akan berada di sebelah kiri. Lepas tu pergi kiri dan teruskan berjalan. Jalan terus sehinggalah sampai ke lorong pertama sebelah kiri. Belok kiri ke jalan Nonhyeon-ro 95- gil.











Kami order Lamb Grill Skewers, Marinated Chicken dan nasi. Fuhhhh sedap sangat tau. Memang recommend sangat kat uolls. Kalau datang ke Seoul, jangan lupa singgah sini tau, sure tak menyesal.










Kak Zaza bagi 5 bintang :)


Dah kenyang, kami menuju ke Insadong. Nak ke sini turun dekat Anguk Station, exit 6. Sepatutnya nak datang ke sini masa hari ketiga, tapi tak sempat pulak masa tu. So, nak puaskan hati, datang jugaklah ke sini. Kat sini boleh beli sourveniour jugak. Dan terdapat banyak barang-barang antik kat sini.


Masa dalam tren ke Insadong, tiba-tiba ada seorang lelaki tegur cakap bahasa melayu. Dia tanya dari Malaysia? Malaysia kat mana? Eh eh, Kak Zaza confuse jap, ingatkan orang Cina Malaysia, tak pun orang Cina Indonesia, Kak Zaza pun tanya pernah tinggal kat Malaysia? Dan dia kata, dia pernah tinggal kat Ampang selama 15 tahun. Eh, orang local rupanya. Tapi fasih giler cakap bahasa melayu. Dia kata dia rindu nasi lemak dekat Kampung Baru. Tengah borak tu tiba-tiba dia terpandang Ayu and the geng, masa tu masing-masing siap dengan jaket sejuk. Dia tanya sejuk ke? Pakaian camni tak sesuai untuk musim ni. Hehehe, yelah, kita mana lah biasa kan dengan cuaca tu. Bagi kita sejuk sangat. Tapi bagi dia biasa-biasa je.
Borak-borak sampai tak sedar dah sampai ke destinasi.  Akhirnya di hari kelima ini dapat juga berbual-bual dengan oppa dari Korea. Hehehe.

















Dah jalan-jalan, shopping sikit, so kami pun bergerak terus ke hotel. Penattt. Masalah betul bila kaki sakit. Sebenarnya kaki ni dah memang luka sejak dari hari pertama kat Seoul. Menyesal pakai boot masa tu, terus kaki ni sakit sampai mengganggu plan kat Seoul ni. So, korang kalau nak ke Seoul ni dan memilih tren sebagai transport utama, pilihlah kasut yang selesa dan tak sakit. Nanti mengganggu keseronokan korang pulak. Hehe. Tapi Kak Zaza kaki sakit pun buat-buat legend je. 


Nampaknya itu saja untuk hari kelima ni. Esok dah nak kena balik Malaysia. Wahhh rindu sangat dah ni kat orang Malaysia. Lagi-lagi si bulus kat rumah tu.

So nanti kita sambung kat next entry ya.





Gambar kenangan di N Seoul Tower





















































.


























You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews