Premium Beautiful : Mastering Your Sales

Sunday, February 04, 2018



Terima kasih CDM Salleha Roslan kerana aturkan majlis ilmu untuk kami. Tajuk kali ni memang best. Mastering Your Sales. Dah nama buat business, dah tentu kena mahirkan diri dengan ilmu menjual. Nak menjual ni pun kena ada platform yang betul dengan teknik yang betul.



Masa mula-mula Kak Zaza berniaga, mentor Kak Zaza ni lah yang banyak ajar selok belok tentang blog ni. Sekarang kalau search beberapa keyword bolehlah terjumpa blog KakZaza. Semuanya dengan teknik yang beliau ajarkan.



Tapi ilmu mesti nak kena selalu upgrade. Sebab internet makin ke hadapan, kita mesti nak ke hadapan jugak, takkan masih guna teknik yang sama je kan. Sebab itu nak sangat upgrade ilmu dan korek rahsia dari orang-orang hebat ini.

Jika kita tau teknik yang betul, fuh boleh bayangkan tak macammana sales yang kita akan dapat? Bertambah huru-haralah hidup lepas ni. Tapi kalau huru-hara yang dapat income besar siapa yang taknak kan?

Dengan team leader Kak Zaza, Lily. Lily ni kakak kawasan Subang Jaya dan Sabah. Orang-orang Selangor dan Sabah yang nak berniaga boleh contact Lily ni terus.  Sebenarnya Lily bekerja hari ni, tapi sebab taknak terlepas peluang belajar ilmu yang sangat penting ini, beliau sanggup bercuti hari ni. 





Dengan partner in crime. Dari mula berniaga sampai sekarang memang kami sentiasa je pergi kelas dan event company sama-sama. 


 Emcee ialah suami kepada CDM Salleha sendiri, Abg Mie





 Sebelum kita belajar dengan lebih mendalam lagi, kita panaskan badan dulu dengan lagu Hai-O, My Choice For Life.
















Bila dah happy-happy menari barulah kita masuk topik yang serius sikit. Hehe, takdalah serius sangat pun. Macam biasa, bila setiap kali kelas, mesti nak belajar tentang Premium Beautiful corset jugak. Bukan apa, korset Premium Beautiful ni memang dah sebati dengan jiwa kami. Almaklumlah, No.1 Premium Beautiful Certified lah katakan.


Yang menarik, ilmu ni dikongsikan oleh seorang lelaki. Ha, jangan terkejut bila market Premium Beautiful ni pun lelaki dah pegang. Jadi kita sebagai wanita ni kenalah berusaha kuat sikit kan. Wanita mesti kena conquer market Premium Beautiful sebab sebagai wanita, sudah tentu kita nak setiap wanita pun cantik dan sihat.


Encik Paidi bertanggungjawab berkongsi tentang produk Premium Beautiful corset. Kaum wanita, pastikan kita conquer market ni ye :)



Serius sangat ni Kak Zaza :p 










Bonus besar tau kalau dapat jual korset Premium Beautiful ni. Komisen macam jual sebijik kereta.

Korset Premium Beautiful dah berada di pasaran lebih 20 tahun dan dah banyak berjasa dalam pembentukan badan wanita. 

Slot kedua, slot yang ditunggu-tunggu, belajar bagaimana membina blog oleh Tuan Hafieez. Step by step ditunjukkan langkah-langkah untuk setup blog. 




Blog ni umpama nadi perniagaan online kami. Nak kuasai pasaran di internet, kena kuasai blog, selain dari facebook dan instagram.



Nak touch up sikit blog bagi lagi cantik dan berinformatif :)


Seronok kan dapat belajar ilmu emas ini. Kalau nak belajar sendiri boleh tapi cost tinggi lah. Untuk yang baru nak berniaga kena jimat sikit cost kan, bila dah kukuh bolehlah nak belajar untuk kelas yang lebih advance.





Slot wajib dah tentu dengar kata-kata semangat dari CDM Salleha Roslan.
Terima kasih banyak-banyak sebab sudi berkongsi senjata perang dengan kami semua. Semua rahsia senjata dah tahu, insyaAllah akan berperang dengan sepenuh hati. Dari tak pandai tak tahu, tak yakin tapi sebab tindakan yang berterusan dan ilmu yang ada, tak mustahil dapat jual produk dari 2 angka ke 4 angka dengan mudah.


Mentor di luar sana memang ramai, tapi kena pandai dalam memilih mentor yang betul-betul boleh guide dalam business. 

Kak Zaza berbangga berada dalam team ini sebab kami diajar untuk sentiasa menjadi leader yang boleh dipimpin dan memimpin. 


"Pemimpin itu memimpin dengan contoh, bukan dengan paksaan"






Terima kasih Ika sudi berkongsi testimoni dengan kami. Ika ini antara yang konsisten buat sales menerusi blog dan hasilnya customer sanggup serah diri untuk beli produk 4 angka. Kalau Ika yang masih baru ni boleh buat, kalau uolls nak buat dari sekarang ni pun boleh. Asalkan konsisten dan praktikkan ilmu.




Yeayy puas hati sangat dengan ilmu hari ini. Rugi kalau tak apply cepat-cepat. Macam Cikgu June Mohd  Som atau Cikgu June Petir kata, siapa malas, dia lambat kaya.



Terima kasih semua emcee, speaker-speaker hebat dan of course CDM Salleha Roslan kerana berikan yang terbaik untuk team. 




Apa yang kelakar sangat tu? 



Kak Zaza nak offer peluang berniaga dengan pembaca blog Kak Zaza. Kak Zaza akan guide uolss dengan ilmu yang Kak Zaza dapat ni untuk kita sama-sama buat sales meletop untuk dapatkan income sehingga 5 angka sebulan.


Boleh terus whatsapp Kak Zaza ya

Kak Zaza
019 307 5397

atau boleh contact
Lily Albert 
012 250 1485


You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews