Dengan my bebehs. Dari kiri Anne, dan yang kanan tu Zai
Sedar tak sedar dah 8 tahun rupanya persahabatan kami. Mereka berdua inilah sahabat susah senang Zaza. Memang banyak berkongsi segala cerita dengan mereka berdua ini. Harap-harap persahabatan ini akan berkekalan selamanya.
Kami kenal masa sama-sama bekerja dekat Swiss Inn Kuala Lumpur tahun 2007.Sama-sama dalam Accounts Department. Dalam Accounts Department memang tak ramai. Cuma ada dalam 5 orang je, dan masing-masing memang ditugaskan dengan setiap bahagian accounting. Macam Zaza incharge dalam Accounts Receivable. So, hal ehwal pengaliran tunai tu Zaza lah yang handle. Termasuk tugas-tugas mengutip hutang.. Kiranya macam along la, tapi along yang sangat bertimbangrasa. Hehe..
Dekat situlah kami bertiga jadi rapat. Tapi sempat kerja dengan Zai dalam setahun lebih je macam tu tak silap Zaza. Walaupun Zai dah di tempat lain, tapi still keep in touch. So masa tu tinggallah Zaza berdua je dengan Anne. Memang bila difikirkan seronok kerja di situ. Boss memang sangat sporting habis.
Then masa tahun 2010, Anne pun dah bertukar tempat kerja ke hotel 5 bintang. Zaza pun sebulan lepas tu bertukar kerja ke bank. Tapi, even sampai sekarang pun, kami still contact. Kadang-kadang mengalahkan orang bercinta pulak, sebab memang message hari-hari. Kalau salah seorang tak reply rasa risau sangat. Hehe…
Sekarang ni masing-masing pun dah ada keluarga masing-masing. Anne dah anak seorang, Zai pun bakal jadi mommy bulan 7 ni. Gembira sangat dipertemukan dengan mereka berdua ini. Dan harap hubungan ini kekal selamanya. 
Share This