Sekarang ni, Zaza amalkan minum air lemon suam setiap hari. Ini semua sebab bulan lepas, Zaza hantar Premium Beautiful untuk repair, ambil masa lebih kurang 3 minggu untuk siap. Disebabkan takda Premium Beautiful ni, maka Zaza jadi terlalu berhati-hati untuk makan. Takut nak makan sebab takut tiba-tiba saiz berubah. Kalau ada PB, memang confident je nak makan banyak. Jadi, apa yang Zaza buat, Zaza minum perahan air lemon dengan air suam setiap pagi dan malam. Bila dah amalkan rasa best pulak. Buat air teh pun, Zaza akan pastikan bersama dengan lemon sekali.
Kalau nak tahu, lemon ni banyak sangat khasiatnya tau. Terutama dalam membantu dari segi kecantikan. Antara khasiat lemon ini termasuklah:
1. Menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi
Lemon tinggi dengan kandungan Vitamin C dan kalium. Kandungan Vitamin C yang tinggi  berguna untuk melawan selesema .Kalium pula merangsang otak , fungsi saraf dan membantu mengawal tekanan darah.
2. Mengimbangkan pH badan
Percaya atau tidak, lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ianya bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan). Seperti yang anda Untuk pengetahuan anda, pHbadan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik.
3. Memperbaiki kulit
Lemon bertindak dengan cemerlang dalam melawan penuaan kulit.  Ciri-ciri antioksidan membantu memerangi kerosakan radikal bebas, yang bertanggungjawab untuk gejala penuaan. Kandungan Vitamin C nya juga mewujudkan sintesis kolagen yang boleh mencegah kedutan. Vitamin C diperlukan dalam sintesis asid amino ke dalam kolagen dan tugas kolagen dan tisu penghubung adalah untuk menganjalkandan  melindungi tisu kulit kita.
4. Mengurangkan berat badan
Lemon mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.
5. Penghidratan
Lemon juga akan membantu anda kekal terhidrat sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon akan meningkatkan penghasilan air dalam badan.
6. Menyingkirkan toksin
Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati anda selain merangsang sistem pencernaan anda. Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien


Share This