“Saya nak berjaya tapi saya…..”
“Saya nak jadi macam dia, tapi….”
“Dia bolehlah.. Saya tak macam dia…”
 “Saya penatlah. Esok je lah saya buat”
Biasa dengar kan perkataan negatif seperti ni. Bila kita nakkan sesuatu, tapi perkataan tapi ni, selalu je menggangu minda dan jiwa kita. Dan biasanya perkataan tapi ini jugalah yang meranapkan impian kita. Kita memang ada impian yang besar, tapi kita tak berani nak mencuba sebab mungkin takut pada kegagalan. Atau kita rasa, kita tak boleh nak bagi komitmen.
Takut pada kegagalan itu memang perkara normal. Siapa yang tak takut jika gagal? Tapi sebenarnya dari kegagalan itulah yang akan mewujudkan kejayaan. Kalau kita asyik fikirkan akan gagal, sampai bila-bila pun lah kita akan gagal kerana tak berani nak mencuba sesuatu. Jika gagal, bangkitlah. Jika gagal sekali, bangkitlah dua kali. Jika gagal dua kali, bangkitlah berkali-kali. Bila gagal, janganlah sesekali putus asa, sebaliknya kita kena kaji semula kenapakah gagal. Kalau kita buat plan A, tapi gagal, then, lupakan plan A, mulakan dengan plan B dan begitulah sebaliknya. Kalau kita takut nak mencuba sampai bila-bila pun kita akan berada di takuk itu.
Mentor Zaza selalu berpesan. selagi kita mahu, selagi itu kita akan dapat. Tapi kena ada usaha lah. Bila kita usaha, confirm kita akan dapat. Kalau kita beralasan sampai bila-bila pun kita hidup dengan beralasan dan apa yang kita dapat pun hanya alasan saja.
Kita kena ubah minda kita dan kenalah dengan tindakan juga. Kalau kedua-duanya selari, InsyaAllah, tiada alasan untuk berjaya.
Zaza bercakap ini juga untuk peringatan kepada diri sendiri. Kita kena ubah cara kita berfikir, dan kena ubah gerak kerja tindakan kita. Kalau dah 5 tahun pun kita masih di tahap itu, maknanya gerak kerja kita tu tak berkesan lah. Sebab itu, kita kena sentiasa berani untuk mencuba dan mencuba. Jika kita tak mencuba, sampai bila pun kita tak tahu kemampuan diri sendiri.
Jangan biarkan suara-suara jahat menguasai diri kita.
“The only thing standing between you and your goal is the bullshit story you keep telling yourself as to why you can’t achieve it.”
Jordan Belfort
Share This