Sabtu lepas, setelah selesai urusan di stokis, Zaza sempat singgah ke Sungei Wang Plaza. Memang kat sini salah satu tempat untuk Zaza shopping sebab baju-baju dekat sini memang agak murah dan kalau pandai pilih memang cantik-cantik. Bawak RM100 pun, boleh dapat 5 helai baju! 
Lepas tu, bila lalu je dekat restoran Hui Lau Shan ni, terus nak masuk. Macam ada tarikan magnet pulak yang suruh masuk ke sini. Hehe.. Sebab, Zaza memang suka sangat air mangga dekat sini. Rasa macam teringin pulak nak minum air favourite Zaza tu. Bagi peminat buah mangga dah tentu suka sangat dengan semua menu dekat sini, sampai pening kepala nak pilih. Menu utama di sini adalah berasaskan buah-buahan terutama mango dan kelapa.
Hui Lau Shan ni diperakui dan disahkan halal oleh JAKIM. Jadi jangan risau ya nak masuk ke sini.
Asal usul Hui Lau Shan di Malaysia :D. Sijil halal memang dipamirkan dekat cashier restoran ni.
Memang lama tau belek menu ni. Sebab tak tau nak pilih yang mana. Ikutkan hati nak je order semua sekaligus. Ada banyak lagi menu selain dari ini.
Akhirnya inilah yang jadi pilihan. Zaza order Mango Feast. Mango Feast ni set 3 menu desert dengan harga cuma RM13.90 saja. Yang atas sekali sebelah kanan tu, ialah Mini Mango Crisp. Ia umpama macam makan ice cream lepas tu ada buah mangga. Sedap tak hingat ok. Bila makan memang terasa lah mango yang manis tu pastu disaluti dengan aiskrim. Yang tengah sebelah kanan tu Mini Mango Coconut, dan yang terakhir sebelah kanan bawah tu ialah Mango Chewy Ball.  Dua-dua ini pun sedap sangat. Buah mangga tu memang banyak lepas tu yang chewy ball tu pun sangat lah sedap rasanya. 

Zaza juga order Chocolate crisp (sebelah kiri atas). Yang ni Zaza boleh katakan so-so je. Sedaplah sebab chocolate cuma dah biasa sangat makan chocolate jadi tak seistimewa dengan menu yang lain. Dan yang menu dalam gambar belah kiri bawah tu ialah Deluxe Mango Mochi. Istimewanya mochi ni kan, intinya ialah buah mangga. Sedap sebab mochi ni kan macam liat-liat sikit pastu bila telan terasa pulak buah mangga tu, memang sedap sangatlah.


Yang ini lah minuman favourite Zaza. Mango cube dengan honey jelly.Yang sebelah tu tanpa honey.
Licin selicinnya. 😀
Bolehlah cuba kalau ada yang singgah ke sini. 
Other outlets dekat Malaysia:
Tokyo Street, Pavilion KL
Berjaya Times Square
Cheras Leisure Mall
The Mines
Gurney Plaza

Selamat mencuba 😀
Share This