Wah, sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar hari ni dah hari ke 21 kita semua berada di tahun 2014. Bila dah berada di tahun baru, sudah tentu masing-masing sibuk dengan azam baru juga. Jadi, anda semua dah buat azam baru ke?
Mengimbas kembali tahun 2013, banyak suka dan duka yang berlaku. Yang mana duka tu, saya anggap itu semua adalah kekuatan untuk saya menjalani kehidupan ni. Saya akan jadikan itu sebagai pengajaran kehidupan saya untuk saya terus kembali kuat. Jika nak meratapi kesedihan pun tak guna juga, sebab ianya tak dapat nak mengubah keadaan pun. Apa yang boleh saya buat, ialah ambil itu semua sebagai pengajaran kehidupan saya. Tapi dalam duka juga ada suka. Sebab itu, saya rasa bersyukur sangat sebab masih boleh merasai kegembiraan. Semua kedukaan itu saya cuba lupakan. Dan, dalam tahun 2013 juga, saya telah merubah kehidupan saya dengan bersohobiz. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak berbusiness. Tah macammana, tiba-tiba tergerak hati untuk membuat side income. Dan, di situlah bermulanya kehidupan saya bersama Top Leaders Circle (TLC).
Memang saya boleh katakan, kehidupan saya dah berubah semenjak bersama dengan TLC. Kalau sebelum ni, saya selalu rasa tak yakin dengan diri sendiri, selalu ada perasaan negatif, tapi bersama dengan TLC, saya mula jadi orang yang positif. Sesuatu yang menarik tentang TLC, memang kesemua adik-beradik dalam TLC ni, semuanya berfikiran positif, dan bila dah dikelilingi dengan orang yang positif, secara automatik, kita juga akan jadi positif.
Sejak join TLC ni juga, saya dapat rasakan perubahan dari segi income. Memanglah saya ada pekerjaan tetap, tapi sebenarnya, dengan keadaan ekonomi dunia sekarang yang tak berapa nak stabil, gaji tu sebenarnya tak cukup. Bukanlah saya kata, saya tak bersyukur, tapi cuba kita fikir, berapa ramai je yang dapat menyimpan duit gaji mereka tu. Ok, bayangkan, purata gaji mereka yang berada di Kuala Lumpur ni RM3,000. Dari gaji tu, kita nak bayar duit rumah, duit kereta, duit minyak, duit makan, dan sebagainya. Jadi sebenarnya RM3,000 tu tak cukup untuk hidup di Kuala Lumpur. Kalau cukup pun, sekadar cukup-cukup makan. Macam saya, bekerja di tengah kota KLCC, kos makan memang tinggi. Kalau makan lunch, sepinggan nasi pun dah RM8. So kalau sebulan dah berapa? Tak macam dulu, kos cuma dalam RM3 je untuk lunch. So, memang penat bekerja ni kan. Dah lah stress kat office, duit gaji pun setakat cukup-cukup makan je. Alhamdulillah, dipertemukan dengan TLC, yang membuka mata saya untuk mendapatkan side income. Sekurangnya, dapatlah menyimpan duit. Kalau rajin lagi, gaji 5 angka pun boleh dapat.
Jadi, untuk tahun 2014 ni, memang impian saya, untuk terus bersama-sama dengan TLC, menjadikan impian saya selama ni satu kenyataan. Kalau boleh saya nak merubah kehidupan keluarga saya. Teringin nak hidup selesa tanpa ada bebanan ekonomi.
Anda pula bagaimana? Apa harapan anda semua di tahun 2014 ni? Apa yang pasti, saya harap, kita semua berusaha dengan lebih gigih lagi untuk pastikan apa yang kita harapkan itu menjadi kenyataan.
Antara kenangan di tahun 2013 😉

Ada gaya bowler tak 😉

Yang paling best dapat jumpa Kim Jong Kook secara live 😉
Ni masa hari pertama saya dengan TLC 😉

Bila dah berkumpul bersama memang meriah 😉

Semoga tahun 2014 lebih success lagi di bawah TLC

Share This