Semalam, tengok Insta Story officemate Kak Zaza ni letak video pokok comel dari director dan management. Terus Kak Zaza tanya dia, semua orang dapat ke? Sebab Kak Zaza cuti semalam. Ye,lah, jealous lah tengok dia ada pokok comel tu. Bila dia kata semua staff dapat, tetiba rasa tak sabar nak datang office. Hahaha
Pagi ni sampai-sampai office je excited tengok pokok comel ni atas meja.
Comel kan?
Lagi comel ucapan ni. Tersentuh hati Kak Zaza :p

Macam dah kuning-kuning sikit kan daun dia. Mungkin sebab dah biar lebih sehari ke? Alamak tapi problem pulak, Kak Zaza ni tak pandai lah bab penjagaan pokok ni. Ada sesiapa boleh bagi tips? 
Harap-harap Kak Zaza dapatlah jaga pokok ni dengan baik.
Share This