Sabtu lepas bawak Jasmine, kucing Zaza ke veterinar, sebab sakit mata. So doktor bagi ubat titis dekat Jasmine. Selain itu, doktor check kesihatan Jasmine. Jasmine dah 16 tahun, dan bulan January ni 17 tahun. Alhamdulillah Jasmine sihat sampai sekarang, dan harapnya akan terus sihat dan ceria.
Doktor cakap, umur 16 tahun ni kalau orang umpama umur 95 tahun. Nak nangis Zaza dengar. Dan pesan doktor, kucing umur sebegini memang kena handle dengan baik. Doktor bagi vitamin B Complex. Sebab mungkin ada organnya yang tidak dapat berfungsi dengan baik so dia perlukan sesuatu untuk support dan bagi tenaga kepadanya. Sekali lagi rasa nak nangis dengar.
Zaza memang suka dapatkan rawatan kucing dekat sini. Memang dari kucing Zaza kecil lagi dan sekarang ni dah lebih 16 tahun dapatkan rawatan dekat sini. Suka dengan cara kerja doktor ni, yang dah berpengalaman lebih 30 tahun. Harga rawatan pun tak terlalu mahal.
Kalau anda di sekitar Kuala Lumpur dan tak tahu dekat mana nak hantar kesayangan anda untuk rawatan boleh ke sini.
KLINIK HAIWAN GENTING KELANG
133, Jln Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur
(Dr. Dilip Kumar Ghosh)
Tel: 03-40238272
kucing kesayangan
This is Jerry. Minggu depan birthday Jerry dan Dj yang ke-16. Love you so muchhhh!

Share This