Bercuti ke Tokyo, Japan

 

Akhirnya, sampai juga hari yang ditunggu-tunggu. KakZaza bercuti ke Tokyo, Jepun! Sangat teruja sebab memang Jepun merupakan negara yang memang teringin sangat nak pergi dari dulu lag

Sebelum ke Jepun, memang KakZaza dah buat banyak persiapan. Antaranya:

  1. Passport – Yang ini dah tentulah kan.
  2. Tiket flight – KakZaza dah beli masa promo bulan April.
  3. Tempat penginapan – Yang ini pun lepas 2-3 bulan beli tiket kapal terbang, terus je cari tempat tinggal. Dari pembacaan KakZaza, bilik hotel kat Tokyo memang kena book cepat-cepat kalau nak dapat harga mampu. Untuk tempat tinggal, KakZaza ambil dari web booking.com. Dapatlah harga bawah sekitar RM2,000 untuk 6 malam. KakZaza pilih tinggal dekat kawasan Roppongi, sebab dekat dengan centre Tokyo.
  4. Itinerary – Banyak buat dari pembacaan blog dan nasihat dari kawan-kawan yang pernah ke Tokyo, Jepun.
  5. Pakaian tebal –  Yang ni semua KakZaza beli dari Lazada. Ok jugak, dapatlah harga yang mampu beli dan cantik-cantik.
  6. Travel insurance. Yang ni penting kalau nak ke luar negara. Ye,lah sebagai persediaan jika terjadi sebarang perkara yang tak diingini.

 

Flight pukul 2.40pm, KakZaza dah get ready dekat airport dari pukul 10.30 pagi lagi. Sampai-sampai terus ambil pocket wifi yang dah disewa dari Wiyo. Memang puas hati sangat guna wifi ni masa dekat Seoul tahun lepas. Harap-harap kat Jepun ni pun puas hati jugaklah.

Dah lepas tu, terus pergi dekat departure hall, jumpa dengan Mai, yang kali ni join trip ke Tokyo dengan kami, dan terus je check in.

Muka excited

 

 

Kapal terbang pun comel! Kawaiii sangat.

 

 

Alhamdulillah, perjalanan selama hampir  7 jam berjalan dengan lancar. Dan yes, kami dah pun berada di bumi Jepun!

Oh ya, dah lepas ambil luggage, terus KakZaza whatsapp engineer ni yang kami mintak ambil dekat airport untuk hantar ke rumah kami nanti. Dia ni dah bekerja dekat Jepun lebih 13 tahun. Dan buat airport transfer sebagai sambilan. Ha, senang lah kan, kalau ada sesiapa nak guna khidmat beliau, boleh je contact KakZaza.

Sementara tunggu beliau, tiba-tiba kami didatangi 2 orang lelaki Jepun. Dia terus beritahu yang dia adalah polis. Dan terus tunjukkan badge polis. Macam terkejut lah jugak tiba-tiba kena approach dengan polis. Yang polis ni pulak interview kami, tanya berapa hari kat Jepun, nanti nak pergi mana, pertama kali ke Jepun ke. Suspen lah pulak kan bila dia tanya macam-macam. Kami ni ada buat salah ke apa. Polis ni pun berikan kami nombor telefon kecemasan kalau ada berlaku apa-apa.

Masa tu jugak yang engineer tu dah ada depan KakZaza. Dia pun cakap lah dengan polis tu yang kami dengan dia. Ha, lega rasanya. Dah lepas tu, dia kata polis kat sana memang macam tu. Dia kata ada jugak yang tak selesa bila polis tu soal macam-macam.

Dari airport ke tempat tinggal kami dekat Roppongi lebih kurang 30 minit je.

Dan terima kasih lah sebab belanja kami Onigiri.

Sampai rumah, terus mandi, berehat dan tidur, tak sabar nak explore bandar Tokyo keesokan harinya. Plan nak ke Tokyo Skytree, Asakusa, Ueno dan Akihabara.

 

Share This