Dah tamat bulan Syawal. Bagaimana agaknya syawal anda semua? Ada pertambahan berat badan, berkurang atau maintain? Hehe. Sebab bulan syawal ni memang bulan makan je kan. Setiap minggu ada je open house. Makanan pulak sedap-sedap, kalau tengok je rugilah pulak kan. Kecik pulak hati tuan rumah kalau kita makan pun ala kadar je. Zaza tak tahu uoll, tapi kalau Zaza, Zaza rasa seronok kalau tetamu tu makan semua makanan yang kita sediakan. Penat menyediakan makanan tu pun tak terasa.
CDM Azlan Deraman pun tak ketinggalan mengadakan open house untuk semua usahawan Premium Beautiful di bawah bimbingannya syawal lepas. Walaupun dah berlalu, masih terasa lagi bahangnya. 😀
Keluarga besar TLC dengan CDM Azlan Deraman
Sebahagian usahawan TLC
Ini pulak geng suami-suami. Mereka ni pada awal isteri buat business, mereka tidak menyokong tapi tidak pula menentang. Tapi bila diri sendiri dah nampak bukti dan hasil demi hasil para isteri buat business ni, mereka mula menyokong 200% dan ada yang dah mula join buat sekali. Seronok lah kan dapat buat business dengan pasangan masing-masing. Ya, Zaza pun kena cepat-cepat cari pasangan macam ni. Ngeeeee…
Dengan rakan seperjuangan Myra dan Ckin.
Dengan Ana
Dengan mentor Salha Zain, penaung TLC yang juga sohonista icon Malaysia. 
Dengan Salleha. 

Sebelum ke majlis open house. Ini antara koleksi raya Zaza tahun ni. Baju kurung ni dari jenama Emel by Melinda Looi. Suka dengan padanan warna biru hijau ni.


Terima kasih CDM Azlan Deraman, our multimillionaire top mentor kerana menganjurkan rumah terbuka untuk semua usahawan Premium Beautiful di bawah pimpinannya. Beruntung sangat berada dalam keluarga Dolomite ni. Ukhuwah antara kami terjalin erat.
Share This