Oh Bingsu! Kenapa sedap sangat? 
Tak taulah sebab Kak Zaza peminat Korea ke apa, tapi memang suka sangat bingsu dekat Caffe Bene. Haritu teringin nak makan (ke minum?) Bingsu dekat Seoul. Tapi takda masa pulak nak minum-minum. Dah lah cuaca sejuk, jadi rasa macam tak seuai pulak. Kang beku pulak Kak Zaza kat situ.
Yang ini Kak Zaza dekat Caffe Bene, Sunway Pyramid.
Green Tea Tower Bingsu

Sedap sebab ada kacang-kacang. Bingsu ni menggunakan kacang hazel dan walnut , kacang merah dan green tea dan ada cream pulak kat atas tu, Lapisan bawah sekali tu ais. 

Memang sedap! Sebab bila makan, terasa campuran green tea dan kacang merah dan kacang tu memang nikmat je.
Yang ini pulak ialah Choco Cream Cheese. Sebab memang peminat cheese dan chocolate, jadi bila dapat makan ni sejuk-sejuk tu memang tak terkata lah sedap. Atas tu ada aiskrim dan cheese cake.
Tapi yang ini takda saiz kecil macam Green Tea Tower Bingsu. 
Kedua-dua Bingsu ni sedap sangat! Kak Zaza bagi 5 bintang!
Selain dari Bingsu, kat sini pun ada dessert lain macam waffle, kek dan pastri lain.
Banana Waffle

Blueberry Cream Cheese Waffle
Antara kedua-dua waffle ni, Kak Zaza suka lagi Banana Waffle. Sebab ada aiskrim sekali kat atas waffle tu.

Yang ini pulak Bingsu dekat Sweetree, Ampang. Yang ini Injeolmi Bingsu. Ada mochi, kacang merah dan kacang. Pun sedap!


Tapi Kak Zaza lebih suka Bingsu dari Caffe Bene.


Mungkin lepas ni nak kena try Bingsu dari tempat lain pulak.
Share This