Pening jugak nak mencari baju dan accessories untuk annual dinner esok ni. Bila tengok kawan-kawan lain dah mula buat teaser untuk malam esok, Zaza rasa ala, baju yang Zaza nak pakai ni ok ke? Orang lain semua dah tentu glamour-glamour, harap-harap Zaza tak tenggelam lah bila bersama mereka nanti.. Hehe..

Glamour masing-masing dengan lace dan labuci.

Actually, baju yang Zaza nak pakai esok ni memang dah ada dalam simpanan Zaza. Zaza beli beberapa bulan lepas. Beli sebab masa tu, baju ni hanya tinggal 1 je untuk saiz XS. So, sebab takut dah takda saiz, terus Zaza beli. Tak plan pun nak pakai untuk event apa. Bila Top Leaders Circle announce nak buat annual dinner, Zaza terus terfikirkan dress yang Zaza beli tu dan nak pakai malam esok. Tapi bila tengok rakan-rakan semua glam, rasa risau pulak sebab baju Zaza memang simple je. Hehe.. Tapi sempat lagi ke nak grab dress lain untuk event esok.
Rasa tak sabar pulak nak ke event malam esok. Majlis ni memang ulung kali diadakan dan memang dengar cerita grand dan gempak habis. Tak sabar nak tau apalah yang istimewa sangat yang akan berlaku esok. Terima kasihlah untuk semua AJK yang bertungkus lumus bekerja keras untuk esok bagi memastikan malam esok adalah malam yang teristimewa dan menjadi memorable moment untuk kami semua. 
Yang Zaza tahu, of course special guest esok, penyanyi Mark Adam. First time nak tengok live persembahannya. Dan lagi yang membuatkan Zaza tak sabar, of course nak tengok rakan-rakan lain yang dah tentu semuanya cantik-cantik dan glamour dah macam event untuk celebrity kan. Inilah masanya nak meraikan diri sendiri yang sebelum ni dah bekerja keras sepanjang tahun.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi untuk event malam esok, please stay tune dekat blog Zaza ni. Zaza akan update secepat yang mungkin. Boleh juga follow Zaza dekat instagram dan Facebook untuk live update. 😀
Share This