Seronoknya cuti panjang minggu lepas. Hari pekerja yang jatuh pada hari Jumaat dan bersambung lagi ke hari Isnin sebab cuti hari Wesak semestinya ramai yang tak lepaskan peluang untuk bercuti bersama keluarga. Seronok kan kalau cuti panjang pada hujung minggu. 
Zaza pun tak terkecuali memang seronok gilerrr bila cuti panjang macam ni. Tapi balik dari kerja nanti, agak terkejar-kejar pula nak siapkan management report. Closing April mesti kena submit pada 7hb so, balik dari kerja memang kena bertabah sikit lah. 
Cuti Zaza memang penuh dengan menghadiri kenduri kahwin dua hari berturut-turut. Tapi, business tetap on. Zaza tak lepaskan peluang untuk bertemu customer untuk fitting, ada yang nak COD dan ada yang nak tahu pasal business. Kalau orang kata, ala, boringnya cuti pun nak kena kerja jugak ke, tapi bagi Zaza, apalah sangat 2 jam je pun. Lagipun, business ni sangat flexible sebab sambil tu pun, kita boleh je nak buat aktiviti lain. Sebab itu, bagi mereka yang selalu beri alasan takda masa nak berbusiness sebab sibuk bekerja di pejabat dan nak uruskan anak-anak, business ni memang sangat senang untuk kita uruskan masa. Business ni bukannya nak kita buat 8 jam sehari pun! 2 jam sehari pun dah memadai dah. Kalau nak buat lebih, lagi baguslah, tapi 2 jam sehari tu pun dah mencukupi dah. So, tiadalah alasan kalau nak kata, ala takda masa lah kak nak buat business ni.
Ini antara aktiviti yang Zaza lakukan sepanjang cuti baru ni. 
Selfie dulu sebelum gerak ke TTDI untuk temankan rakan kongsi sambil beri tunjuk ajar untuk ukur, fitting dan closing client. 
Inilah rakan kongsi Zaza, Lynna Hassan. 
Ready nak fitting client. 😀
Alhamdulillah, perjalanan business kami pada hari itu dipermudahkan. Happy sangat customer sebab fabrik Premium Beautiful corset ni memang selesa sangat katanya, dan senang nak bergerak, Sorry lah, gambar beliau tak dapat nak dipaparkan di sini atas menghormati privacy beliau.
Ini pula sewaktu menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan sekerja di Keramat Mall. 😀
Balik dari majlis perkahwinan ni, bergegas pula ke The Curve, bertemu dengan mentor Salleha Roslan pula untuk audit dan plan untuk bulan May ini.

Ramai yang bertanyakan Zaza, kenapa Zaza pilih business Premium Beautiful ini. Kenapa tak buat business lain? Ini adalah salah satu sebab kenapa Zaza pilih business ini. Sebab, dalam business ini, Zaza diguide sepenuhnya oleh mereka yang dah terbukti berjaya. Terus terang, Zaza memang tiada background business. Memang tak pernah jual apa-apa sebelum ni. Dulu dekat U ada jugalah ambil subject business tapi hanya setakat 1-2 paper je pun. Lagipun, belajar tak sama dengan jika kita buat sendiri. Tapi dalam business ni, Zaza dapat belajar dari mereka yang buat business ini juga, dan mereka memang guide dari mula sehinggalah kini. Boleh je kalau nak buat business lain, tapi macam yang Zaza katakan tadi, Zaza takda knowledge langsung dalam business. Business ini pulak, kita hanya keluarkan modal sekali saja, dan modal tu alhamdulillah dah dapat 100% balik dalam tempoh yang sekejap. Kalau nak bukak kedai, modal yang dikeluarkan tak dapat balik 100%, dengan modal nak renovate kedai, sewa kedai, memang nak kena tunggu bertahun-tahun baru nak dapat keuntungan berganda. Tapi business Premium Beautiful ni, alhamdulillah, modal keluarkan sekali, dapat produk yang boleh dihabiskan dalam masa kurang dari 3 bulan, (even dalam sehari pun boleh!), untung tak payah cakaplah. Bayangkanlah, bulan pertama bermula je dah boleh dapat almost RM10K profit! Kalau nak dikira balik, umpama buat business ni dengan percuma je, cuma keluarkan modal untuk sementara waktu je. 
Sebab itulah Zaza pilih business ini. Senang nak bergerak. Kalau buat business online yang lain, Zaza takda kemahiran dalam internet business. Senang cerita, business ni ada mentor yang guide kita bukan saja dari segi ilmu business, tapi dari ilmu produk dan ilmu teknik pasaran.

Seriously, buat business ni kita tak keseorangan. Walau ada sebarang masalah, mentor memang ada sebagai tempat rujukan.
Dah lepas sesi personal touch dengan mentor, posing lah kejap 😀
Niat nak temankan Salleha main bowling tapi bowling kat sini dah tutup. Huhu.. Tak dapat nak asah bakat bowling petang tu. Ahaks.
Untuk anda yang nak merubah masa depan bersama dengan Zaza dan team hebat kami, hubungi Zaza untuk temujanji.
Mana tahu, anda lah our next Top Premium Beautiful Expert 😀
Love,

Zazalina

019 307 5397

Change your life today. Don’t gamble on the future.. Act now without delay..

Share This