Fuh… Cemas betul semalam tengok Thomas Cup live dekat tv. Mana tak nya, Malaysia dapat masuk final setelah sekian lamanya. Kali terakhir tahun 2002 menentang Indonesia, dan tewas. 
Walaupun semalam Malaysia bermain baik, tapi nasib masih tak menyebelahi kita. Nak buat macammana, negara lain juga pastinya bertungkus lumus untuk menjuarai Thomas Cup apatah lagi Jepun yang pertama kali ke final dan menewaskan China, kuasa badminton dunia. Sudah tentulah semangat mereka berkobar2 mahu menjuaai Thomas Cup buat pertama kalinya.
Ketika tumpuan tak begitu terarah kepada Thomas Cup kali ni, memang saya rasa agak excited bila Malaysia ke pentas final. Dah mula rasa kita dapat merampas kembali piala ni. Saya masih ingat ketika kali terakhir Malaysia menang, satu negara meraikan kejayaan pemain2 kita, dan sudah pastinya saya mahu ianya berulang sekali lagi. Dalam permainan semalam, saya paling suka sekali permainan bergu kedua Goh V Shem dan Tan Wee Keong. Saya suka permainan mereka yang banyak menyerang dan cool je. Saya harap kedua mereka ni akan terus mengorak langkah dan mencapai kejayaan yang lagi besar di peringkat dunia.
Apa pun tahniah kepada team Thomas Cup 2014. Kita jumpa lagi 2 tahun dan harap waktu itu, kita berpeluang mencipta satu lagi sejarah.
Share This