Memang tertunggu-tunggu movie Cinderella ni. Zaza memang suka cerita-cerita fairy tales dari Disney.. So bila tau je movie ni dah berada di pawagam, Zaza memang agak excited lah. Asalnya nak tunggu free ticket, tapi terpaksa tunggu lagi 2 minggu, so, sebab dah tak sabar nak tengok, bila Saf cakap nak tengok movie ni je, terus Zaza kata ok.. Kalau tak, mesti Zaza akan cakap, ala, belum ada tanda * lah. Hehe.. (Zaza bekerja dengan cinema company, so staff memang dapat free ticket, dan kalau nak tahu yang mana entitle kena tengok tanda * dekat showtime.. :p)
Petang tu, Zaza, Iynas dan Saf tengok dekat TGV di Encorp Mall The Strand. Dekat sini best sebab suasananya sangat tenang dan tak crowded macam dekat tempat lain. Tapi Zaza tetap nak bagi 5 bintang dekat Cathay Cineplexes boleh tak? :p
Tapi tiket hari tu cuma RM10 je seorang sebab pengguna kad Maybank. So jimatlah RM5 kan.
Overall cerita ni memang tak menghampakan Zaza. Jalan cerita memang sama je dengan cerita Cinderella. Tapi mungkin sebab Zaza bias dan memang peminat cerita-cerita Disney, so Zaza memang terhibur walaupun jalan ceritanya memang kita dah tahu. Sambil tu, tengok dress pelakon-pelakonnya dan memang Zaza berkenan lah dengan fesyennya.. Mulalah berangan nak pakai macam tu untuk event akan datang. Selain tu, mata tak dapat lari dari melihat pinggang Cinderella ni. Ramping seramping-rampingnya. Mulalah rasa nak pinggang macam tu.. :p Memang dalam movie tu pun, pelakon-pelakon tu pakai korset. Dan lepas ni, memang takkan tanggal lah korset Premium Beautiful ni sebab nak pinggang ramping macam tu.. Ahaks..
Sebenarnya memang banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari movie ni.. Kecantikan seseorang itu memang terserlah dari hati yang baik. Suka sangat dengan quotes movie ni. 
“Have courage and be kind”
Share This