Tajuk tu macam ada ehem-ehem je kan. Hehe.. Takdalah, takda yang turun ke hati pun. Cuma ungkapan dari mata turun ke hati tu mungkin ada benarnya lah kan. Sebab segalanya bermula dari mata. Mata yang melihat sesuatu, maka mata lah yang memberi penilaian atas sesuatu yang kita lihat. Dan, mata yang cantik dah tentu mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Ya tak?
Semalam, waktu lunch, masa tu Zaza tengah tunggu makanan yang Zaza order. Tiba-tiba adik kat cashier tu tegur Zaza. 
“Kak, saya sukalah tengok mata Akak. Cantik. Macammana akak buat?” Terkejut sekejap. Macammana buat? Hehe.. Rasanya Zaza takda buat apa-apa pun. Cuma, Zaza memang suka pakai mascara dari brand Maybelline. 

Yang ni.

Memang suka sangat mascara ni. Dah lama tau Zaza guna mascara ni. Rasanya adalah 10 tahun Zaza guna mascara ni. Sebab, mascara ni boleh buat bulu mata kita jadi lebat sebab ia memang untuk volume. Bulu mata Zaza memang jenis halus so memang cari mascara untuk volume. Dan Maybelline ni memang betul-betul buat bulu mata kita tebal dan lebat. Pernah dulu ada kawan tegur ingat Zaza pakai bulu mata palsu. Haha..

Pakai pulak contact lens dari Lofalens ni, memang buat anak mata kita jadi besar sikit. Yang ni Zaza pakai colour Glam Grey. 
Itu je lah yang Zaza guna. Cuma pakai mascara je nak bagi effect pada mata. 😀
Uoll pun tentu ada cara nak buat mata menawan kan. Share sikit.

Share This