Hari kedua di Seoul. Cadangnya nak ke Everland, taman tema terbesar di Korea. Tiket kami dah beli siap-siap dari KL lagi melalui web Fantastic Korea. Ada pakej juga kalau nak. So memang jimat banyak sangat. Kami beli tiket sekali dengan shuttle bus. Senang, tak payah nak beratur panjang, dan tak payah nak pening-pening kepala fikir macammana nak ke sini.

Everland Discount Ticket & Shuttle Bus Package

Pagi tu, breakfast dulu dekat hotel. Hotel memang ada sediakan free breakfast.

Ok, dah kenyang makan pagi, bermulalah hari kedua kami di Seoul.

Sebelum apa-apa, kita bergambar dulu kat hotel.

Hotel ni ok jugak. 1 malam RM138 saja dan ada free breakfast. Sangat dekat dengan Namdaemun Market dan Myeongdong, syurga tempat kosmetik di Seoul. Hehe.
Merah sangat ni
Dalam email yang diberi, kami kena ambil bas untuk ke Everland jam 9.45 pagi dekat Prince Hotel. Dia dah warning awal-awal, yang driver bas ni takkan tunggu kalau kita lambat. So memang kena on time. Tapiiiii…. Puas kami cari mana Prince Hotel. Tanya orang tempatan pun semua tak tahu. Maka, bermulalah episode drama hari ni.
Akhirnya, kami ambil keputusan, untuk pergi sendiri ke Everland, sebab dah kesuntukan masa. Hotel yang dicari pun tak tahu kat mana. Sedih je.. So, Kak Zaza pun google lah cara-cara nak ke Everland. Nasib baiklah ramai blogger yang tulis cara-cara ke sini, jadi memang memudahkan sangat.

Rupanya, hotel tu betul-betul seberang jalan dengan tempat kami bergambar ni. Hukhuk.. Takpalah, bukan rezeki kami kot.
Cara-cara nak ke Everland dengan menaiki subway turun dekat Gangnam station, line 2 exit 10. 
Sebelah kanan ada deretan kedai, cari pondok bas tulis nombor bas 5002.
Keluar je dari exit 10, tiba-tiba ada pakcik ni tanya kami nak pergi mana. Kami pun cakap nak naik bas pergi Everland, dan dia pun tunjukkan lah nak tunggu dekat mana. Baik hati sungguh mereka ni. Hehe..
Nanti naik bas nombor 5002 dan bas ini nanti akan berhenti dekat tempat shuttle bas. Dan dari sini, kita kena naik shuttle bus terus ke Everland. Shuttle ni free je. Nanti nak balik pun, pergi kat sini balik untuk naik bas ke Gangnam.

Untuk masuk, kami cuma tunjukkan QR code dari email yang kami dapat dekat staff dekat pintu masuk. Lepas tu terus Group Ticket Office untuk dapatkan Simcard percuma. Oklah kan, walaupun terlepas bas, tapi dapat free gift takdalah rasa ralat sangat. Hahaha.

300MB Simcard

 

Dekat Everland ni memang besar sangat, tak sempat nak round habis. Salah satu dari ride terkenal kat sini ialah T-Express, roller coaster dari kayu. Tapi Kak Zaza tak naiklah ride ni sebab Kak Zaza ni bukanlah sejenis orang yang berani naik roller coaster. Hehe.

Ingat nak tengok hologram concert, tapi time ni show macam tak menarik, jadi kami skip tempat ni.

Masa ni ada tulip festival.

Memang penatlah berjalan satu Everland ni. Sakit dah tapak kaki. Tapi buat-buat legend je. Jalan kat sini pulak berbukit so memang mencabar betul. Hehe.

Panda ni dekat bahagian zootopia.

 Lebih kurang je tinggi panda ni dengan Kak Zaza.. Hehe

Panjang nak kena beratur naik ni. Adalah sejam lebih beratur kat sini untuk ride yang tak sampai 5 minit. Hehe.. Apapun best sangat kat sini. Kalau betul-betul minat naik ride semua, better habiskan hari dekat sini je.

Sebab dah penat berjalan, Kak Zaza naik cable car ni untuk keluar dari sini.

Kaki memang tergantung je. Tapi nasib baik tak tinggi sangat. Hehe
Dalam pukul 4 petang, kami gerak keluar balik ke Gangnam semula. Kami tukar plan nak ke Jamsil Hangang River Park sebab nak naik cruise yang semalam tak sempat nak naik.
Dekat Gangnam
Cara nak ke Jamsil Hangang park ni, naik subway turun dekat Sport Complex Station, Line 2. Lepas tu keluar je, terus nampak Stadium Olimpik dekat depan. Masa kami datang ni ada perlawanan sukan. Tapi tak pasti sukan apa. Riuh dengan sorakan penonton. Bergema-gema dengar dari luar stadium.

Nanti keluar je subway terus je nampak stadium macam dalam gambar ni

Nak ke Hangang River, ikut signboard sepanjang jalan tu. Ada ditunjukkan arah. Terus je jalan ikut arah tu, stadium dekat depan dan ada parking lot. Lepas tu akan jumpa ada lagi stadium kecik, ikut je laluan ni. Nanti anda akan nampak ada kondo-kondo kat sebelah kanan.

Sampai lah jumpa terowong pejalan kaki. Lalu je terowong ni. Keluar dari terowong ni, cross jalan kat traffic light, dan sampailah ke Hangang Park.

Masa ni sejuk sangat. Menggigil-gigil rasanya. Mungkin sebab tepi sungai, tu yang angin kuat sangat tu.

Ramai juga yang naik basikal, jogging, dan berkhemah di sini.  Yang Kak Zaza ni tengok mereka berkhemah ni, dalam hati cakap, eh tak sejuk ke diorang ni?

So kami pun terus lah menuju ke jetty tempat beli tiket. Tapiiiiii… Sedihhhhhh… Terminal ni tutup sementara untuk pembaikan. Waaa, dah lah jalan jauh tadi, dan kesejukkan. Nampaknya memang takda rezeki nak naik cruise dan tengok Banpo Bridge light show tu. Kalau tau, semalam kat Yeouido Park dah pergi naik cruise dah. Sob sob..

Cantikkan night view kat sini

So, kami just jalan-jalan sepanjang sungai ni. Menikmati suasana malam dan lihat matahari terbenam.

Ada oppa pulak kat belakang :p

Dah lepas tu, kami pun balik je lah ke Myeongdong, beli street food. Masa ni kaki memang dah sakit berjalan. Nak balik, kami ikut laluan yang sama macam datang tadi.

Terjumpa pulak ace Song Ji Hyo dekat stesen.

Haish, Kwang Soo ni enterframe la pulak.

Sukalah sis Kak Zaza ni dapat jumpa SHINee

Oh ye.. Ada kejadian masa dalam subway nak ke Everland tu. Masa tu tren tak ramai sangat orang, tapi tak banyak juga tempat duduk yang kosong. Kebetulan, Kak Zaza dapat tempat duduk, dan sebelah Kak Zaza pun kosong. So, my sis pun duduk lah kat sebelah kan. Tiba-tiba datang macam seorang ahjussi, tegur my sis. Mula-mula tak dapat tangkap apa yang dia katakan. Rupanya, dia nak bagitau, tempat duduk tu tempat khas untuk pregnant lady. So, dia suruh my sis bangun. Hehe.. My sis pun bangun lah kan. Lepas tu masa tren ni stop dekat stesen lain, ada lah seorang perempuan duduk sebelah kak Zaza. Lepas tu ahjussi tadi datang lagi, suruh perempuan tu bangun.
Lepas tu ada seorang ahjussi duduk jugak kat sebelah ni, pun kena tegur suruh bangun. Ahjussi ni kira macam staff tren ni agaknya sebab dia memang berdiri je kat sini untuk pastikan semua penumpang duduk di tempat yang betul. Wah… Memang terkejut jugalah kan. Sebab kalau dekat KL, kita tak ambil kisah sangat asalkan tempat duduk tu kosong kan. Kita cuma bangun bila ada orang yang lebih memerlukan tempat duduk tu. Tapi kat sana, even nak duduk pun memang tak boleh. Yang terkejut, pakcik tua pun kena suruh bangun juga, sebab kerusi tu untuk wanita kurang upaya dan pregnant lady. So lepas ni kitorang pun lebih alert lah dengan sign dekat kerusi tu. Takut dah nak duduk sesuka hati.. Hehe…

Untuk hari kedua ni, memang memenatkan sikit. Mungkin sebab berjalan dekat Everland tu.  Walaubagaimanapun, tetap seronok walaupun ada beberapa plan yang tak dapat buat. Eh, baru perasan, hari kedua ni Kak Zaza tak makan kot. Cuma makan breakfast dan popcorn je. Dah sampai Myeongdong dari Hangang Park tu, baru teringat. Haha…

Dan tak sabar nak teroka bumi Seoul lagi esok. 🙂

Share This