Sorry, tak update-update pasal bercuti dekat Seoul ni. Tapi ingatan dekat Korea tak pernah hilang… Ecewah… Sebenarnya Kak Zaza masih tak boleh move on.. Best lah pergi Seoul. Rasa nak terbang ke sana sekarang jugak.. Hehe…

Hari ketiga di Seoul. Hari ni Kak Zaza plan nak melawat istana di Korea. Sebenarnya ada banyak istana yang boleh dilawati, tapi nak melawat semua memang lah tak cukup masa nak cover kan. So, Kak Zaza ke Gyeongbokgung Palace.

Suhu pagi tu 13° Celsius. Sejuk kot bagi kita yang tak pernah berada dalam cuaca macam ni kan. 

Yes.. Dah ready nak explore bandar Seoul. Nasib baik ada pocket wifi WIYO ni kan. Kat mana-mana pun boleh surf internet. Sangat berguna bila kita sesat.. Hehe…

Tapi sebelum tu, Kak Zaza ke Korea House yang terletak di Jung-gu. Dekat Korea House ni kita
 boleh lihat dan belajar adat dan cara hidup orang Korea. Bangunan pun direka mengikut design tradisional Korea. Nak ke sini, kena turun di stesen Chungmuro, exit 4,

Namsangol Hanok Village juga terletak bersebelahan dengan Korea House ni. So, bolehlah melawat sama. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, Kak Zaza terpaksa skip tempat ni.

Dah lepas explore Korea House, kami pun terus menuju ke KTO. Kat sini boleh try pakai baju tradisional Korea, hanbok for free je. Cuma tulis nama kita, dan kita boleh pakai selama 1 jam. Dan lepas satu jam tu jangan lupa pulangkan semula hanbok tu. So apa lagi, kami memang sakan lah bergambar dengan hanbok ni.

Keluar dari subway jumpa ni, kat belakang tu KTO. Kat bawah ni lah Cheonggyecheon Stream.

Cheonggyecheon Stream ni menghubungkan Deoksugung Palace, Seoul Plaza, Sejong Centre,     Insa-dong Street, Chandeokgung Palace dan Changgyeonggung Palace yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong.


KTO kat hujung sekali tu

Ok, jom kita explore tempat ni.

Selain dari tu, kat sini juga ada VR (Virual Reality) Experience Zone. Tapi masa Kak Zaza nak try tu ada masalah teknikal, so tak dapat nak experience lebih-lebih.



Dan untuk peminat kpop, kat sini juga ada Hallyu Experience (K-STAR). Mesti korang suka kan…
Terutama peminat Big Bang, AOA, Psy, 2NE1, Bergambarlah sepuasnya dengan artis pujaan uolls. Alaaa, Kak Zaza punya sparta takdalah kat sini. Hehe… 

Kita pinjam G-Dragon la kejap…


 Comel tak? Hahaha

 Main-main mata la pulak

Hehe… Padan tak kami? LOL




Dengan 2N1E






Dah puas bergambar dengan artis KPOP, kami ke tingkat 4 untuk cuba Hanbok. Macam yang Kak Zaza beritahu tadi, pakai secara percuma je. Cuma register nama, dan lepas tu kita boleh pilih Hanbok sendiri, dan kami dibenarkan untuk pakai selama sejam.

Boleh ke menggayakan hanbok macam ni? Hehe, belasah je lah..

Lepas puas bergambar dalam bangunan, kami turun ke bawah untuk ambil gambar dekat luar bangunan KTO. Terserempak dengan tourist couple rasanya dari Jepun. Mereka cakap kami comel pakai hanbok.. Hehe… Terperasan pulak kak Zaza kejap.. Couple ni sempat ambil gambar kami…

Tengah-tengah bergambar, tiba-tiba ada seorang pakcik Korea ni datang dan offer untuk ambilkan gambar kami. Siap suruh posing macam ni lagi. Hehe… Thank you ahjussi.. Cantik gambar ni.

Macammana nak ke sini?

Naik subway, turun dekat Jongak station exit 5.
Keluar tu terus jalan menuju ke simpang 4, dan bangunan KTO ni dekat depan ni je.

Masa dekat dalam stesen subway tu, tetiba ada pelancong dari China excited pulak nampak kami. Terus dia bagitau kawan dia, Malaysia. Dan kemudian tanya kami dari mana. Bila cakap dari Malaysia, bertambah excitedlah dia dan bangga kat kawan dia sebab tekaannya betul. Dia pun request nak ambil gambar dengan kami. Ala, tapi Kak Zaza lupa pulak nak snap gambar dari camera Kak Zaza.

Lepas mengexplore KTO, kami ke Gyeongbokgung Palace. Palace ni dekat sangat dengan KTO ni. Dari KTO, bergerak ke sebelah kiri, berjalan sepanjang Cheonggyecheon Stream. Sampai jumpa traffic light, pergi sebelah kanan, dan jalan terus je. Palace ni betul-betul kat depan jalan ni. Sebelum tu, anda akan jumpa dulu dengan Gwanghamun Square. Inipun antara tempat wajib yang perlu dilawati jika ke Seoul.

King Sejong statue. King Sejong merupakan pencipta tulisan Hangul.

Tetiba jadi meriah pulak rombongan kami.. Haha… Sebenarnya yang lagi 3 tu, Ayu and the geng baru je sampai. Mereka datang ke Seoul lambat 2 hari dari Kak Zaza.
So kami berjanji untuk jumpa dekat sini je..

Belum ready laaaa

Statue of Admiral Yi Sun Shin. Beliau merupakan komander Korea yang mempertahankan Korea sewaktu perang di Dinasti Joseon

Alamak tersama pulak gaya kami :p

Cheonggyecheon berjarak 10.9 kilometer panjang, ruang rekreasi awam moden di pusat bandar Seoul, Korea Selatan. Jenuh jugak berjalan sepanjang ni.. Awaaa saya taaa kuat… :p

Dah lepas tu, kami pun terus lah menuju ke Gyeongbokgung Palace. Tiket masuk 3,000KRW untuk seorang.

Punyalah besar palace ni, kalau nak round semua memang ambil masa berjam-jam kot. Setengah hari baru cukup agaknya. Kami kat sini dalam sejam lebih je rasanya. Memang tak sempat nak explore semua.

Tempat ni macam balairung, di mana raja akan bersidang dengan pembesar-pembesarnya.

Alamak… Jodoh ke ni? :p

Cuaca panas, tapi sejuk berangin…

Dekat dalam istana ni pun boleh pakai hanbok, tapi Kak Zaza tak sure macammana caranya. Sebab tadi dah sakan pakai hanbok, so dah tak kisah sangatlah pasal ni.. Hehe…

Dah lepas puas bergambar semua, barulah sedar yang kami belum makan lagi. Lapar sangat dah ni :p
So, kami ambil keputusan nak pergi makan dekat Itaewon. Kat sini memang terkenal dengan tempat makanan halal.

Nak ke Itaewon ni, ambil subway turun dekat stesen Itaewon, line 6 exit 3.

Awalnya kami bercadang nak makan dekat Makan Restaurant, tapi penuhnya. So, kami ke Eid Restaurant. Kedua-dua restoran ni berdekatan je.

Macammana nak ke sini…
Boleh rujuk peta kat bawah ni

Dah lepas makan, jalan sekejap dekat Itaewon, sebelum menuju ke Myeongdong untuk balik ke hotel.
Dekat sini pun ada banyak souvenier boleh beli..


Zebra crossing memang tempat popular untuk bergambar kalau dekat luar negara… Hahaha…

Dah lepas puas berjalan dekat sini, kami pun bertolak la ke Myeongdong. Tapi, dah alang-alang ada dekat Myeondong kan, so kita jalan-jalanlah kejap dekat sini. Kat sini ada banyak sangat kedai-kedai terutamanya menjual kosmetik. Kalau uoll peminat barang kecantikan, jangan lah lepaskan peluang untuk shopping di sini. Dekat sini pun memang ramai je pelancong dari Malaysia.

Sempat jugalah merasa street food dekat sini. Dan peniaga dekat sini pun ada yang boleh berbahasa melayu sikit-sikit. 
Balik hotel memang penat sangat. Bukak tv, ada pulak rancangan I Can See Your Voice. Dapatlah tengok my Kim Jong Kook ni. Hahaha…

Ok, itu sajalah kisah hari ketiga Kak Zaza di bandar Seoul, Korea ini.

Sambung lagi journey untuk esok hari 🙂

Share This