Hari ini hari terakhir berada dekat Seoul, Korea. Tiket balik ke Kuala Lumpur jam 4 petang, jadi sementara tu, Kak Zaza jalan-jalan dulu dekat Namdaemun Market.
Namdaemun Market ni bukak seawal pagi. Kat sini ada banyak barang-barang murah. So kalau pergi ke Seoul, jangan lupalah singgah kat sini ye.
Namdaemun Market ni memang dekat sangat dengan hotel. Cuma berjalan kaki je.

 

 

Kat sini jugalah tempat nak beli brooch murah-murah. Cari je bangunan e-Ledang, bangunan warna hijau dan pergi ke tingkat 3. Kak Zaza masuk-masuk je, terus ada ajumma ni panggil ke gerai dia. Peniaga kat sini boleh berbahasa melayu sikit-sikit dan faham apa yang kita cakapkan.

 

Dah lepas tawar-menawar, banyak juga yang Kak Zaza borong. Haha. Inipun ada yang tak sempat nak snap picture sebab dah bagi dekat kawan-kawan.
Lepas tu, Kak Zaza jalan-jalan sekejap dekat Myeongdong.

 

 

 

Dengan mascot Line

Rasa Fried Shrimp dekat Myrondong pulak. Sedapp tapi lebih suka yang dekat Dongdaemun ;p

 

 

 

Ni dekat Hoehyeon Underground Shopping Center. Kat sini pun ada banyak baju, kasut , kpop merchandise dan macam-macam lagi. Murah pun murah jugak.

 

Boleh dikatakan hari-hari ulang alik zebra ni. Ni menuju ke hotel Kak Zaza dari Myeongdong.

 

 

 

Lif untuk orang kurang upaya.

 

Ni shop lot dekat-dekat dengan hotel Kak Zaza tinggal.

 

Selekoh maut ni. Hahaha. Selekoh ni berbukit tinggi tau. Jenuh masa first day datang tarik luggage. Lepas je selekoh ni ialah hotel tempat Kak Zaza tinggal. Hari-hari lalu bukit ni boleh kurus dibuatnya.

 

Pukul 12 tengahari, Kak Zaza terus gerak ke airport. Sebab perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam, jadi tak mahulah terlewat pulak nak check in. Dah rindu sangat-sangat ni kat tanah air tercinta. šŸ˜›
Nak ke airport, Kak Zaza naik bas, macam hari pertama dekat Seoul. Nak naik bas ni, naik dekat seberang jalan dari tempat kita turun haritu.
Sampai kat airport lebih kurang pukul 1.30 petang, orang dah ramai beratur nak check in. Nasiblah Kak Zaza sampai agak awal, tu pun dah beratur panjang. Dekat Incheon ni, orang-orangnya sangatlah berdisplin.
Tapi ada kejadian pulak masa kat airport ni. Lepas je check beg tangan untuk ke tempat departure, tah macammana Kak Zaza elok je jalan keluar tanpa ambil beg tangan. Tak sedar langsung. Lepas tu terus panik.. Nak masuk balik ke bilik pemeriksaan dah tak boleh. Terus pergi ke customer service dan maklumkan kepada staff bertugas. Haha, pengalaman betul. Punyalah excited nak balik, sampai beg pun boleh terlupa.

 

Ini antara barang-barang yang Kak Zaza sempat beli waktu di Seoul.

 

Kasut!Ā  Rambang mata tengok kasut kat sini. Sebab banyaknya saiz kecik! Kat KL punyalah susah nak cari saiz. Kat sini sampai tak tahu nak pilih. :pĀ  Macam kena datang lagi je nak borong kasut kat sini lagi.

 

 

Yang ini pulak mask dan kosmetik. Pandai betul dia buat promo kan. Beli Gold Snail Wrinkle Pumper dengan perfume je tapi dapat hadiah banyak giler. Manalah tak giler :p

(Masa Kak Zaza tulis cerita ni, JongHyun member Shinee baru saja meninggal dunia. RIP Jonghyun)

Pengalaman 6 hari di Seoul Korea memang best. Rasa nak pergi lagi je. Orang-orang Korea memang baik hati. Walaupun ada jurang komunikasi tapi mereka sentiasa je bersedia untuk membantu. Orang di sini juga sangat sibuk dengan gadget masing-masing. Jangan terkejut bila kita tengah berjalan, tiba-tiba orang dekat depan berhenti sebab tengah scroll handphone. Hehe. Pemandu dekat Korea ni juga agak panas baran. Ha, yang ni jangan ikut ya.
Dekat bandar Seoul ni juga susah betul nak jumpa tong sampah. Tapi bandar mereka sangatlah bersih. Hairan mereka buang sampah dekat mana.
Tandas mereka memang sangat bersih. Tak kiralah kat mana pun. Kagum tengok mereka menjaga kebersihan tandas awam. Waktu dekat Nami Island, terkejut lihat makcik cleaner ni bersihkan celah-celah lantai tandas dengan berus gigi. Gigih mereka bersihkan tandas. Walaupun takda paip air dalam tandas, tapi kebersihan tandas mereka memang sangat tip top.
Kak Zaza selamat sampai di Kuala Lumpur lebih kurang 11.00 malam. Happynya bila teringatkan bulus-bulus comel dekat rumah. Rindu!

Itu sajalah kisah kat Zaza dekat bumi Seoul. Nak dekat setahun, barulah dapat completekan cerita ni. Jemput baca ya šŸ™‚

Next trip. Ke mana kita?