Good morning 😀
Zaza suka sangat bila ada orang yang cuba nak dapatkan berat badan ideal. Tak kisahlah dia nak guna cara apa pun, nak bersenam ke, nak diet ke atau pakai corset ke. Asalkan dia ada initiative untuk mengurangkan berat badan dan membuang lemak di badan. Dan asalkan cara yang dilakukan adalah selamat dan mendapat nasihat dari doktor atau pakar kesihatan. 
Ada juga rakan-rakan sekeliling yang sekarang ni mengamalkan diet Atkins. Diet Atkins ni apa yang Zaza faham, tak mengambil sebarang makanan yang berkarbohidrat dan bergula tapi banyakkan protein dalam makanan. Dan Zaza pernah terbaca, jika mengamalkan diet ini,
  • Berat turun cepat
  • Kurang Lapar
  • Kulit bertambah cantik
Menarik je kan? Tapi apa-apa pun dapatkan dulu nasihat dari doktor sebelum mengamalkan sesuatu diet. Yang penting diet kita ni kena serasi dengan objektif, keperluan dan keselesaan kita. 

Apa yang Zaza nak tekankan dekat sini, bila ada di kalangan rakan-rakan atau kaum seluarga kita yang tengah mengamalkan apa-apa jenis diet, kita kenalah beri sokongan pada mereka. Nak kurus, memang kena displin yang tinggi dan kena ada kemahuan yang kuat. 

Apa yang menyedihkan Zaza bila ada segelintir dari kita yang memandang sinis dan ada juga yang mentertawakan rakan-rakan kita yang tengah berdiet dengan cuba buat lawak-lawak yang bagi Zaza itu boleh mendownkan mereka yang dalam proses nak kurus ni. Hei, bagilah sokongan untuk mereka. Kalau kita rasa kita tak mampu nak buat macam tu, janganlah kita anggap mereka pun tak mampu seperti kita. Sekurangnya dia ada usaha nak berubah dan buat sesuatu dari kita ni yang asyik mentertawakan tapi diri sendiri tak pernah pun cuba nak lakukan sesuatu untuk kurangkan berat badan. Lagi makan banyak dan menternak lemak lagi adalah. 🙁 Sedih sangat Zaza dengan orang sebegini.

So, good luck kepada anda yang tengah dalam proses menguruskan badan. Amalkan diet yang sihat dan tidak melampaui batas. Banyakkan minum air dan amalkan aktiviti kecergasan. 

Macam Zaza, pakai Premium Beautiful corset ni pun dah mencukupi sebab susah nak displin dalam bab-bab makan ni 😀





Share This