Paling Kak Zaza tak suka dan rasa sedih bila kena shopping kasut. Kak Zaza tahu, ramai wanita yang suka sangat shopping kasut ni kan. Dan ramai wanita juga yang suka buat koleksi kasut. Tapi bagi Kak Zaza, memang dilema betul bila terpaksa shopping kasut. Sebab, memang susah nak cari saiz kasut untuk kaki Kak Zaza yang kecil ala-ala cinderella ni :p 
Kaki Kak Zaza saiz 3. Kalau pergi kat kedai-kedai kasut, kebanyakkan saiz yang paling kecil adalah saiz 4. So most of the time, kak Zaza memang terpaksa beli kasut saiz 4 ni kalau dah penat nak round kedai lagi. Penat kot berjalan dari kedai ke kedai tapi takde saiz yang sesuai. Dah tu, kena cari kasut yang bertali, kalau tak, memang akan tertanggallah bila berjalan..
Uoll yang berkaki comel ni, cuba share sikit selalu shopping kasut dekat mana. Jealous tau bila tengok rakan-rakan lain senang je nak beli kasut. 

kasut saiz 3

Share This