Pernah tak, ada satu hari tu, kita rasa happy sangat, banyak benda-benda yang menggembirakan berlaku pada kita hari tu. Tapi, tiba-tiba, berlaku pulak benda negatif. Apa jadi? Kita akan rasa sedih dan murung dan terus menerus fikirkan perkara yang negatif tu. Biasa terjadi kan? Hanya kerana 1 perkara negatif yang berlaku dekat kita hari tu, terus kita lupakan perkara positif yang lain yang berlaku pada kita. Begitu kuatnya pengaruh negatif ni dalam minda kita. Maksudnya, minda kita tak kuat. Sebab banyak fikirkan perkara yang negatif saja. Apa yang perlu, kita kena yakin pada diri kita sendiri. Tak perlu pun kita nak yakinkan diri orang lain. Yang penting kita kena yakin dan percaya pada diri sendiri.
Cara nak lupakan perkara negatif ni, kita kena redha. Sebab, kita ni bukannya orang yang perfect. Yang sentiasa sempurna. Kita pun ada kekurangan kita sendiri kan. Bila kita redha, lagi senang kita nak control minda kita. Lagi-lagi dalam dunia perniagaan, kita kena sentiasa redha. Lagipun bukannya manusia yang beri rezeki pada kita, tapi rezeki datang dari Allah. Sebab kita tak pandai control minda lah yang menyebabkan kita akan asyik fikirkan perkara yang negatif.
Semoga lepas ni kita hanya fikirkan perkara yang positif je. Buang terus benda-benda negatif ni sebab ia hanya racun yang boleh mengganggu-gugat kehidupan seharian kita.

be-positive
Share This