Hi readers.. Nak cerita sikit pasal buffet dinner ni.. Memang saya suka kalau pergi buffet-buffet ni. Walaupun saya ni kategori orang yang rugi di bawak di buffet, (sebab bila makan sikit pun dah cepat kenyang) tapi, saya memang excited.. Sebab, siapa yang tak suka makan kan? 
Sebelum tu, dah survey macam-macam tempat dah. Masing-masing taknak pergi tempat yang jauh dari office. Semua nak jalan kaki je dari office, ye lah, masing-masing malas nak bayar parking.. So, survey punya survey, we all decide nak makan dekat Traders Hotel dekat Restoran Gobo. 
So lepas habis kerja dalam pukul 6.15, we all pun jalan kaki ke Traders Hotel. Ala, belakang office je pun. Dalam 10 minit dah sampai. So, terus pergi tingkat 5. Sampai je, we all terus di bawa ke meja sebab dah booking awal pagi lagi.
Saya suka dengan hiasan restoran ni. Selesa dan luas. Tempat hidangan pun selesa. Yang best, ada banyak section makanan. Ada banyak variety makanan kat sini, ada western, ada japanase, local, dan juga section yang paling saya suka, dessert.

Hidangan pertama saya ialah mushroon soup dan roti. Sedap tau sup dia. rasa nak lagi. Tapi sebab banyak lagi makanan nak cuba, so, takdalah saya ambil lagi. Lepas tu saya ambil fried rice, dengan roasted chicken, dal, dan sambal sotong. Yang ni pun sedap.

Lepas tu saya pergi dekat section japanese. Walaupun saya tak berapa suka dengan japanese food, tapi sushi kat sini sedap. Saya macam tiba-tiba jadi suka pulak dengan japanese food ni.

Tempura tu sedap, sushi tu pun sedap

Yang paling saya suka sekali bahagian dessert. Ada banyak pilihan dessert. Yang paling best, ada chocolate fountain. Lepas tu ada banyak pilihan kek, aiskrim, abc.

Wah, puas hati lah makan dekat sini. Semuanya sedap. Kira berbaloi dengan harganya sebab ada banyak pilihan makanan dan semuanya sedap-sedap.

Rasa macam nak cuba buffet ramadan tahun depan dekat sini je.

Share This