Hari ini 1 April 2015 bermulalah perlaksanaan GST di Malaysia. Suka atau tidak, kita kena terima benda ni. Kenapa ramai sangat yang menentang? Benarkah bila perlaksanaan GST ni maka semua harga barang akan naik? Sedangkan kita faham yang sebenarnya GST ini menggantikan cukai perkhidmatan yang sedia ada. Selama ini kita mempunyai cukai jualan sebanyak 10%, maka harganya akan turun kepada 6% dengan perlaksanaan GST.
Sebenarnya ada kebaikan GST ni. Ianya cukai yang lebih efektif, telus dan lebih adil. Ia untuk mengelakkan peniaga menipu harga barangan sebab sekarang ni semua pun nak kena disclosed. Peniaga dikehendaki menunjukkan cukai jualan yang dikenakan dalam invoice jualan dan pengguna akan tahu jumlah cukai yang dibayar atas barang dan perkhidmatan yang dibeli. Selama ini, kita cuma bayar je tanpa mengetahui berapa kos dan cukai jualan yang dikenakan ke atas kita.
SST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan pentadbiran. Sistem GST mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri (self-policing) dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan. GST menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding SST. GST  lebih telus kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

Apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015, syarikat-syarikat yang berdaftar dengan pihak Kastam DiRaja Malaysia boleh mengenakan GST kepada pelanggan untuk barangan yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan, selagi barangan atau perkhidmatan tersebut tidak berkadar sifar, dikecualikan atau diberikan pelepasan GST.



Ini contoh resit selepas perlaksanaan GST. Pastikan ada no GST pada resit itu jika kita dikenakan GST. Sebagai pengguna, kita boleh memastikan kita hanya membayar GST kepada syarikat yang berdaftar dan mempunyai kebenaran untuk mengenakan GST.

Untuk menyemak syarikat yang berdaftar, boleh melawat laman web Taxpayer Access Point (TAP) yang disediakan oleh Kastam DiRaja Malaysia di https://gst.customs.gov.my/TAP/

Jika company itu tidak berdaftar dan kenakan GST kepada kita laporkanlah kepada KPDNKK. Ok kawan-kawan. Jangan merungut banyak sangat. Jangan terlampau negative sangat. Takda dapat apa-apa kalau suka sangat merungut-rungur ni. Diri sendiri yang jadi stress. Jika tak suka dan rasa diri terbeban, jomlah kita tingkatkan ekonomi kita. Lagipun, seharusnya kita dah bersedia dengan perlaksanaan ini sebab GST ni dah diumumkan 2 tahun lepas lagi. Lagipun kalau bukan sebab GST pun, kita pun sedia maklum, harga barangan memang meningkat berbanding 5 tahun lepas. 

Jika kita merungut je tanpa ada tindakan pun tak guna juga. Tindakan yang macammana yang Zaza maksudkan? Dah tentulah tindakan dari segi pendapatan kita. Seharusnya kita dah bersedia dari segi pendapatan kita. Mungkin dah tiba masanya kita tidak mengharapkan duit gaji semata-mata. Kita kena ada banyak source of income. Dan salah satu darinya adalah dengan berniaga sambilan.

Sekarang ini pun ramai yang dah mula buat income thru online. Jual je apa yang sempat. Sekarang ini pun lagi mudah sebab ada pelbagai medium yang membolehkan kita menjual dan membuat pemasaran.
Nak tahu tak bagaimana berniaga dengan Top Leaders Circle? Dekat TLC, kami memang bersedia ajar anda bagaimana nak buat income besar. Bayangkanlah, bulan pertama je dah boleh dapat RM4,500.00. Itu baru bulan pertama. Kalau kita sanggup beri commitment kita untuk tempoh 3 tahun, insyaAllah, kita boleh dapat lebih dari itu. 
Nak tahu tak macammana kami buat income?
Whatsapp
019 307 5397
Share This