Bertabahlah ya semua bila harga minyak untuk bulan Julai ni naik sekali lagi. 
Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015.

Harga baru RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Simpati pada mereka yang terbeban dengan masalah ekonomi. Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, memang kita perlu lakukan sesuatu. Terpaksa juga cari side income lain. 
Tahu mungkin ada yang tak minat nak buat side income. Tapi teringat kata-kata mentor, kita buat sesuatu bukan sebab minat, tapi sebab keperluan. Kalau nak tunggu minat, mungkin sampai bila pun tak terbuka hati untuk merubah ekonomi sendiri.
Harga petrol naik, memang memberi kesan, dah lah nak raya ni, dah tentu kos nak balik beraya pun semakin meningkat. 

Share This