Sekejap je setahun dah nak berlalu. Masa untuk renew insurance dan road tax. Rasa macam baru lagi je dapat baby Jazz ni. Kereta Jazz ni salah satu dari kereta idaman jugaklah. Sebab KakZaza memang minat dengan kereta yang compact dan lady like. Jazz kan nampak terselah kewanitaannya kan. Hehe.

 

Masa nak lepaskan kereta Viva ni memang sedih sangat. Rasanya semua pun mesti sayang dengan kereta pertama kan. Yelah kereta pertama mestilah yang paling tersayang dan banyak kenangan. Lagipun, dah bersama lebih 7 tahun. Sepanjang 7 tahun tu memang tak pernah bawak sebarang masalah pun. Tak pernah sakit atau rosak. Tapi, tulah takda pilihan. Kalau nak simpan pun, takda siapa nak guna nanti. Takut terperap jadi besi buruk pulak. Jadi dengan berat hati, terpaksa jugak lepaskan kereta ni. Selamat berkhidmat dengan tuan baru ye.

 

 

 

Ni masa hari KakZaza lepaskan kereta ni dekat use car. Lepas sign surat tukar hak milik tu, this chinese guy yang ambil kereta kakzaza ni cakap, tak sayang ke? Aduh, soalan pun kan. lepas tu dia kata, mari saya ambilkan gambar u dengan kereta ni.
So inilah detik-detik terakhir dengan baby Viva. Sob sob.

 

Petang tu terus pergi ke Honda PJ untuk ambil Jazz. Perasaan sedih yang siang tadi tu dah tak ingat dah. Hahaha.

 

 

Alhamdulillah, dapatlah upgrade sikit. Bila berniaga dan dapat upgrade sikit memang satu kepuasan.