Malam tadi, Zaza ada dinner date dengan Ana, mentor Zaza yang cute-mute tu. Sementara tunggu Ana, Zaza pun round-round lah dalam mall dekat Ampang ni. Banyak lah booth-booth kecil dalam ni yang jual macam-macam seperti accessories, jam, tudung dan macam-macam lagilah. Memang rambang lah jugak mata kan. Dalam pada tu, tiba-tiba Zaza terfikir tentang sesuatu. Ya,lah, Zaza pun buat business jugak. So, bila lihat business orang lain kita pun rasa seronok jugak. Tapi Zaza terfikir tentang bagaimana mereka bermula. Semua business memang perlukan modal. Tak dinafikan. Business yang Zaza buat ni juga perlukan modal. Tapi, apa yang buat Zaza rasa beruntung dan bersyukur sebab Zaza tak perlukan kedai untuk sewa. Zaza cuma perlukan gadget seperti smartphone (Zaza pasti semua orang ada ni kan), dan kalau nak lebih lagi sebuah laptop. Kalau nak sewa kedai, dah tentu cost lagi kan. Semua-semua tu kalau nak kira tak pasti samada kita dapat balik pulangan modal yang kita keluarkan. Mungkin boleh dapat, tapi dalam tempoh berapa lama?
Selalu juga, Zaza lihat di kawasan rumah Zaza sendiri, pada mulanya cantik tersergam indah restoran makan tapi cuma dapat bertahan beberapa bulan je. Lepas tu tempat tersebut dah disewakan semula. Sedih juga Zaza fikirkan. Sudah tentu cost nak buat renovation tu dah menelan puluh ribu juga. Dengan cost sewa, meja, kerusi. Memang perlukan modal yang tinggi dan memang kena all-out buat marketing untuk promosikan restoran kita tu kan. 
Zaza rasa bersyukur lah sebab berada dalam TLC ini sendiri. Memang Zaza keluarkan modal di awal permulaan business, tapi modal tu dapat balik dalam masa tak sampai 3 bulan dan keuntungan yang di luar jangkaan Zaza. Alhamdulillah, dalam TLC ini sendiri memang penuh dengan strategi permasaran. Zaza dan rakan lain, cuma perlu ikut je setiap amanat yang diberikan. Bukanlah Zaza nak kata business Zaza ini mudah sangat. Semua tu pun perlukan usaha yang gigih. Dan kekuatan mental juga. Tapi, Zaza tak perlu susah hati tentang marketing, dan juga tentang income sebab kita memang dilengkapi dengan ilmu yang secukupnya. Cuma yang penting kena buat. Kalau tak buat memang tak dapatlah. Produk pun memang dah berada lebih 20 tahun di pasaran, so memang takda menjadi masalah sangat untuk kami berkongsi tentang produk ini. 
Memang sebelum ni, terfikir untuk berniaga, cuma tak pasti nak buat perniagaan apa. dan lagi, nak berniaga ni memang memerlukan ilmu dan skill yang tinggi. Dan atas dasar itu, Zaza memilih TLC, sebab TLC ini memang ada mentor-mentor yang akan guide dan mentor-mentor pun memang dah terbukti kejayaan mereka. Kalau pergi seminar Dr Azizan pun, beliau ada tekankan untuk berguru dengan orang yang dah terbukti kejayaannya kan. 
Memang ada niat juga untuk buka kedai sediri, tapi buat masa sekarang, kita concentrate dulu dengan business bersama TLC ini. Bila dah cukup segala ilmu baru boleh rangka perancangan masa depan. 
Banyak betul Zaza berfikir malam tu. Rupanya Ana pun terfikir benda yang sama. 
Malam itu seperti biasa, bila dah duduk semeja, Ana tunjukkan plan untuk Zaza buat sepanjang March ini. Dan ofcourse Zaza kena pastikan yang team Zaza pun akan bergerak selari dengan plan yang diberikan. Sambil bincangkan bagaimana nak kembangkan business ni bukan hanya untuk Zaza dan TLC sendiri, tapi untuk membantu seberapa ramai wanita yang nak meningkatkan ekonomi mereka.
Sambil makan sambil membincangkan plan untuk team Zaza.
Sedang makan pun masih berfikir lagi.. Hehe 😀
End of our meeting. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan.
March, semoga bulan ini kita terus berjaya ya 😀
Love,
Zazalina Othman

019 307 5397

Share This