Bulan June lepas Zaza ke hi-tea buffet di restoran Atmosphere 360 Degree di KL Tower. First time ke restoran ni. Sebelum ni pernah juga ke KL Tower tapi cuma dekat observation deck saja. Kalau pakej hi-tea dengan observation deck dan Blue Coral Aquarium costnya lebih kurang RM135 per pax. Tapi, disebabkan Zaza beli melalui website groupon, cuma RM69 saja seorang. So, dah jimat RM66 dekat situ. Banyakkan discount dia? Almost 50% jugak! So, hari tu, Zaza dan family tak lepaskan peluang ber hi-tea di sini.

Kalau nak lihat promotion yang terdapat di groupon, bolehlah lihat di www.groupon.com.my

Awal-awal lagi kami dah booking tarikh untuk hi-tea ni., So masa yang sesuai dah tentulah hari minggu. Hi-tea pukul 3.30 petang. Tapi, pukul 1 kami dah berada di sini sebab nak pergi Blue Coral Aquarium dulu. Ni first time Zaza ke sini. Tak banyak sangat ikan dekat sini. Bilik pameran pun cuma ada dalam 3 ruang saja. 

Dekat Blue Coral Aquarium. Rekabentuk seperti kita berada di dalam gua.

Selepas itu, sementara nak tunggu pukul 3 tu, kami pun tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sekitar kawasan ini. Masa Zaza datang tu, ada replika jenis-jenis rumah di setiap negeri di Malaysia. Tak pasti memang replika ni terus kekal atau akan berubah ikut musim. Sebab seingat Zaza masa pergi tahun 2009, masa tu deco Christmas.

Alamak.. Zaza pun dah lupa rumah-rumah ni untuk negeri mana. Hehe..

Dekat kawasan ni memang cantik pemandangan dia.

Sempat lagi berselfie dengan mak. Mak buat gaya Premium Beautiful tu 😀

Banggalah jadi warganegara Malaysia 😀

Dah lepas tu, kami pun tunggu pukul 3.30 untuk ke restoran di tingkat atas. Nasihat Zaza untuk sesiapa yang nak ke hi-tea pastikan anda siap sedia tunggu dekat counter untuk ambil tiket tepat-tepat pada waktu. 3.30 sharp dah berada dekat counter tu sebab nak naik atas kena line-up bersama dengan mereka yang nak ke observation deck. Haritu kami cuma lewat 5 minit je tapi dah penuh dah barisan nak ke atas. Nak naik ke tingkat atas tu pun kan kena tunggu lift. So, agak memakan masa juga dekat bawah tu. Dah rugi hampir setengah jam dekat bawah tu. 

Tapi, bila dah sampai ke restoran ni lupa dah yang beratur lama dekat bawah tadi sebab suasana dalam restoran ni memang selesa. Dulu restoran ni dikenali sebagai Restoran Berputar Sri Angkasa. Tapi dah ditukar nama kepada Atmosphere 360 Degree Revolving Restaurant. Restoran ini berada di ketinggian 282m. Restoran ini berpusing 360 darjah. Tapi duduk dalam ni memang tak terasa lah berpusing. Cuma sedar-sedar kita dah berada di tempat lain. Rasanya dalam sejam jugalah ia berpusing untuk kembali ke tempat asal.

Macam inilah rekabentuk restoran ni. Cantik kan? Umpama di angkasa lepas.
Photo credit to http://www.atmosphere360.com.my/vr.php

Secara keseluruhannya, makanan dekat sini so-so je. Menu tak berapa banyak dan tak berapa menepati citarasa. Cuma seronok sebab rekabentuk restoran tu yang membuatkan kita berada seperti di angkasa dan pengalaman berada di restoran tertinggi di Malaysia.

 Seronok sebab sambil makan, sambil dapat lihat permandangan Kuala Lumpur dari atas.

Dah lepas hi-tea kami ke observation deck yang ketinggiannya 276m. Dekat sini kita boleh lihat seluruh Kuala Lumpur.

KL Tower ni memang beroperasi setiap hari. Untuk anda yang berada di Kuala Lumpur janganlah lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan indah dari KL Tower ni. Cuma nasihat Zaza untuk mereka yang nak ke sini dengan kereta, kena datang awal sebab parking sangat limited.

Mercu tanda Kuala Lumpur

Share This