Pagi ni dapat tips lagi dari mentor tentang bebas hutang. Memang hutang ni bukan perkara yang pelik sekarang. Semua orang berhutang. Kalau tak berhutang, belum tentu kita mampu untuk memiliki sesuatu. Contohnya kereta, rumah. Memang kena buat pinjaman bank kan untuk kita memiliki aset ni.
Sesuatu yang menarik yang dikongsi mentor Zaza. Bagaimana kita nak hidup bebas hutang seumur hidup. Kita kena pastikan yang jumlah simpanan adalah sama dengan jumlah hutang kita itu. Ok, lepas ni mari kita buat kira-kira simpanan kita sebulan berapa ya. Agak-agak lepas tak simpanan tu untuk bayar hutang. Kalau tak lepas, inilah masanya untuk kita memperbesarkan income kita. Bukan gila duit, bukan kebendaan, tapi kalau hidup dibelenggu dengan hutang seumur hidup, bagaimanalah kita nak beri keselesaan kehidupan kepada keluarga dan anak-anak kita kan. 
Yang menarik perhatian Zaza, tentang pesanannya yang Zaza rasa memberikan maksud yang sangat mendalam.
“Orang yang kaya bukan pada berapa yang dia boleh beli, tapi pada berapa banyak yang dia boleh simpan”
Realiti kehidupan kan, baru dapat duit lebih sikit je, mula lah kita dah plan nak beli itu ini. Dah mula buat senarai barangan yang nak kita beli. Tak kisah nak berbelanja, tapi pastikan perbelanjaan kita itu dalam 20% dari income yang kita ada. Kalau rasa-rasa belanja lebih dari pendapatan, kenalah besarkan lagi pendapatan kita tu. 
Sekarang ni pun dah banyak sangat peluang untuk dapatkan side income. Memang kena kerja kuat sikit untuk kesenangan di masa depan. Macam yang mentor Zaza selalu pesan, takpalah bersusah-susah dulu untuk tempoh 2-3 tahun ini untuk kesenangan kita 10 tahun akan datang.
Share This