Bila tiada impian, hidup kita tiada tujuan dan bagaikan tiada arah. Setuju tak?
Pernah tak, kita rasa macam malas nak buat sesuatu. Lepas tu, apa akan jadi dengan hari kita tu? Pastinya ia akan berlaku seperti mana yang kita rasakan tu. Tiada apa-apa yang istimewa pun berlaku. Tapi, jika hari kita tu kita penuh dengan semangat, bersikap positif, tetapkan matlamat, hasilnya pasti hari kita itu penuh dengan perkara-perkara yang positif dan menggembirakan.
Impian dan matlamat itu sangat penting. Tanpa impian, hidup jadi kosong, dan tiada motivasi. Sebab tu, tak kiralah apa pun impian dan matlamat kita, adalah penting untuk kita mempunyai impian.

hidup-perlu-impian

Ini adalah salah satu babak dalam Running Man episode 281. Zaza tertarik dengan quotes dari      Kim Jong Kook ni.
“I feel like I have no dream… I lost all my motivation because I have no dream.. I don’t feel the urge to do anything… That is why hope is important..”
Kalau anda tengok episode ni, mesti anda tau kenapa JK berkata sedemikian. Dan, anda boleh lihat beliau bangkit selepas itu dan berjaya merampas kawasan sebab, beliau dah tetapkan matlamat beliau..
Dare to dream
Dare to take the challenge
Dare to accomplish it
Share This