Siapa penggemar ikan patin masak tempoyak? Zaza pasti ramai yang suka makan kan?
Kalau anda penggemar ikan patin masak tempoyak, cuba makan dekat Dapor Designer yang terletak di Sungai Buloh. Sure anda puas hati. Owner reataurant ni memang dari Temerloh.
Zaza berkesempatan makan di sini sewaktu iftar dengan rakan-rakan TLC yang lain. Tapi Zaza nak buat pengakuan dekat sini yang Zaza tak makan ikan patin dan tempoyak. Bila cakap ni mesti ramai yang kata, ala ruginya tak makan sebab memang sedap sangat! Ehmm.. Benarkah kerugian besar di situ??
Dia ada banyak set menu. Selain set Patin Tempoyak yang merupakan menu utamanya, ada juga Set Pais Patin, Set Patin Goreng, Set Ayam Goreng Berempah, Set Nasi Kerabu, Asam Laksa, Laksam dan banyak lagiiiii.. Untuk buka puasa hari tu, Zaza ambil set Ayam Lemak Cili Api.
Memang terangkat cili api dia. Zaza suka sebab lemak dia cukup, rasa pun sedap, pedas pun cukup. Kiranya memang puas hati lah. Zaza bagi 5 bintang!
Makan dekat sini memang selesa, dia punya design cantik, dan kemas.

Kalau nak datang sini, ini alamatnya
75G, Jalan Nautika A U20/A
TSB Commercial Centre
40160 Sungai Buloh
Selangor

 Yang pasti memang sedap makanan di sini.

 Nyum nyum
 Jannah
 Arni dan suami bersama CDM Salleha
Ana dan family

 Yana dan business partnernya

Dah kenyang, kita discuss strategi business plan pulak. Memang kalau jumpa je, ada je plan dan tips.
Share This