Isnin lagi! Bukan tak suka hari Isnin, tapi biasanya Isnin ni perasaan agak lemau sikit. Siapa yang kat sini ada perasaan yang sama? Cuba lawan perasaan lemau ini. Taknak terlampau ikutkan sangat rasa hati tu. Selalu baca quotes. Untuk jadi positif, kena buang semua fikiran negatif. Rasa lemau tu adalah satu rasa yang negatif. So kena buang cepat-cepat tak boleh biarkan ia terlalu lama bersarang dalam hati dan fikiran. Nanti rezeki pun susah nak datang sebab terlampau banyak sangat aura negatif.
Hari ni Zaza pilih baju warna putih. Supaya tidak lemau pada Isnin, dan supaya sentiasa bersemangat dan beraura positif, maka Zaza pilih warna putih untuk dipakai pada hari Isnin. Dikatakan warna putih pada Isnin membuatkan kita akan jadi lebih bersemangat dan bersedia hadapi cabaran dengan tenang. Penting tau untuk rasa bersemangat pada Isnin, sebab Isnin ni kan permulaan minggu untuk kita. So, kalau rasa monday blues ke, apa kata uoll cuba pakai sesuatu yang berwarna putih pada Isnin. Nampak kan Zaza bersemangat tu 😀
March’15 ini ada anugerah SM/SSM. Teringat pula tahun lepas, Zaza diraikan oleh rakan-rakan TLC.  Sekejap je dah setahun berlalu. Rasa baru lagi je diraikan. Dan sekarang, tak sabar pula nak meraikan rakan-rakan TLC yang lain. Anugerah ini merupakan simbolik kepada permulaan kerjaya dengan TLC. Pencapaian ini merupakan step pertama dalam business ini, dan ada lagi 4 tangga kejayaan je lagi! Good luck Zaza ucapkan untuk semua rakan niaga Zaza dan juga rakan-rakan TLC yang lain.

Oh ya, kepada mereka yang masih tercari-cari lagi nak buat perniagaan atau nak buat side income, Zaza sedang mencari business partner dari seluruh Malaysia. Kalau ada yang berminat, boleh hubungi Zaza ya. 
Love,
Zaza

Share This