Rasanya mesti ramai yang dah menonton filem Dilwale kan? Dengar cerita ada yang tengok 2-3 kali. Even masa Zaza tengok last week, masa nak keluar panggung tu, terdengar perbualan lelaki ni dengan kawan dia. Esok boleh lah tengok lagi.. Hehe.. Memang berhantu kan cerita hindustan ni. Orang melayu dan hindustan berpisah tiada.
Pendapat Zaza filem ni best kalau takda part komedi tu. Entahlah, ramai orang yang sukakan part komedi tu kan, tapi tak tahulah kenapa Zaza tak berapa gemar. Boleh dikatakan masa menonton  part komedi tu, Zaza tak ketawa? Haha.. Adui, serius sangat pulak Zaza ni ye. Tak tahu kenapa Zaza tak rasa kelakar. Masa 30 minit pertama filem ni Zaza rasa macam agak bosan. Tapi bila Kajol dah keluar, barulah Zaza rasa seronok, dan rasa terhibur. Rasanya kalau takda part komedi tu filem ni lagi best. Haha jangan kecam Zaza ya. Zaza tahu, komedi memang elemen penting dalam filem hindustan. 
Tapi, suka lagu filem ni. Dan Zaza memang menghayati betul part Kajol dan Sharukh Khan tu. Sedih kot, bila cinta dikhianti dah tu tersalah sangka pulak kan. 
Suka sangat tengok Kajol dalam filem ni. Cantik sangat. Memang nampak ketara perubahan beliau. Suka dengan fesyen dan style Kajol dalam filem ni. Sampaikan Zaza dan kawan dah mula survey baju-baju yang dipakai Kajol.
Suka gandingan mereka berdua ni. Serasi kan.
Cantiknya Kajol 😀
Share This