Aduh, kecoh sekejap minggu lepas gara-gara aksi yang melampaui batas antara artis kpop dengan peminatnya di fan meeting baru-baru ni. Aksi tersebut sebagai parodi untuk video klip tapi dah menjadi viral dekat social media. Ramai yang mengecam, dan tak kurang juga yang menyalahkan kpop itu sendiri. 
Terasa jugak tempiasnya iol ni.. Haha.. Zaza bukanlah peminat kpop, tapi Zaza ni kan peminat setia Running Man, rancangan variety Korea yang memang popular tu. 
Nasihat Kak Zaza kepada adik-adik yang meminati artis kpop ni (bukan hanya kpop saja, tapi industri hiburan keseluruhannya), minatlah berpada-pada. Jangan terlampau taksub meminati artis itu sehinggakan kita membenarkan apa saja perbuatan yang tak sepatutnya dilakukan kepada kita. Jagalah maruah kita sebagai seorang wanita. Jangan terlalu memuja artis. Artis kpop, mungkin mereka tidak memahami budaya masyarakat Islam di sini. So, sebagai peminat, jagalah kelakuan kita jangan sehingga memalukan diri sendiri. Akak faham, bila dah jumpa artis tu, mungkin terlebih excited tapi please control diri ok 😀
So lepas ni, jaga kelakuan bila jumpa artis ok. Jangan sampai Malaysia ban pulak artis kpop ke sini. Kak Zaza sedih nanti. Nanti tak pasal-pasal Running Man pun taknak datang lagi ke sini. Ngeeee…
Share This