Bila kita pergi sesuatu majlis, sudah tentu kita akan melaram habis-habisan kan? Lebih-lebih lagi kalau perempuan, mesti sibuk nak cari baju, bagaimana nak hias rambut atau cara lilit tudung, dan yang paling utama sekali tentang mekap. Tapi, macamana nak kekal cantik waktu majlis? Jom kita tengok tips ni:

Gunakan primer & bedak asas cecair

          Baik untuk asas wajah mahupun asas kelopak mata. Penggunaan primer adalah penting untuk memastikan asas wajah dan rona pembayang mata tahan lebih lama. Malah selepas aplikasi primer, lapisinya dengan bedak asas cecair yang bebas minyak
Kemaskan solekan dengan bedak tabur
         Penggunaan bedak tabur sememangnya penting bagi melitupi bahagian yang tertinggal kala anda menyapu bedak asas cecair tadi. Malah ia juga berfungsi mengemaskan solekan agar kulit tampil mulus dan kekal lama
Gabungan pemerah pipi
        Gunakan pemerah pipi jenis krim terlebih dahulu kemudian lapisinya dengan pemerah pipi jenis kompak. Ia memberi hasil yang tahan lama dan lebih menyerlah
Bulu mata kekal lebat dan lentik
    Sekadar memakai mascara tidak akan menjadikan bulu mata melentik sempurna. Gunakan pelentik bulu mata terlebih dahulu sebelum menggunakan mascara dan untuk bulu mata lebat sempurna palitkan asas maskara selepas menggunakan pelentik bulu mata kemudian baru palitkan dengan maskara pilihan
Semburan wajah
    Selepas siap bersolek, semburan solekan agar wajah tampil lebih segar dan sempurna, pilih semburan yang mengandungi vitamin dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat
Palitkan gincu dua kali
    Cara menyapu gincu amat penting dalam mengekalkan warnanya. Apa yang perlu anda lakukan adalah oles gincu pada bibir kemudian tekapkan dengan tisu. Oles untuk kali kedua dan anda akan perole warna yang lebih menyerlah dan tahan lama. Untuk efek bibir mungil, calitkan pengilat bibir di tengah-tengah bibir

Share This