Seperti biasa setiap minggu memang Zaza akan punch card di sini. Nak buat biznes dengan serius, dan ingin berjaya mestilah kena selalu cari ilmu. Alhamdulillah di sini lah tempat untuk cari ilmu, juga tempat berkumpul dengan orang-orang hebat. Nak jadi hebat, kenalah bersama orang-orang yang hebat dan yang minda positif sahaja. Macam quotes dari Oprah Winfrey, 
“Surround yourself only with people who are going to take you higher”
Tapi minggu ni lain sikit ceritanya. Dalam perjalanan ke kelas di Gombak, ada pulak road block dari JPJ. Dan tiba-tiba, dia suruh kereta Zaza ke tepi. Aduh, apa pula masalah nya. Bukan sekali ni Zaza kena macam ni, dulu pun pernah kena juga masa polis buat road block. Dia nak tengok lesen Zaza. Kali ni, kena jugak perkara yang sama. So, Zaza pun pergilah ke tepi. Dia mintak lesen kereta Zaza. So, Zaza pun bagi je lah. Dah teliti lesen kereta, dia round kereta Zaza dan dia pulangkan balik lesen dan benarkan Zaza pergi. Kenapa lah ya, Zaza selalu kena macam ni. Takkan macam penjenayah pulak. Haha. Ke nampak macam budak bawah umur. Ha, ini nak salahkan siapa ni. Nak salahkan BB Plus Collagen ke nak salahkan Premium Beautiful sebab buat orang nampak muda dari usia sebenar. :p
Alhamdulillah, berjaya ke kelas juga. Malam ni nak tumpukan perhatian sepenuhnya. Banyak sangat tips-tips yang boleh digunakan dalam perniagaan ni. 
Sebelum kelas bermula, kita selfie lah dulu. Semua pun nampak dah bersemangat dan rela untuk diajar.
Setiap minggu sekurangnya 2 kali mesti nak bersama dengan mereka ni. Kalau tak rasa macam kekurangan. Hehe, sampai macam tu sekali kan. Sedangkan sebelum ni kami semua adalah stranger, tidak mengenali satu sama lain. Tapi disebabkan matlamat dan tujuan dan cita-cita kami sama, maka itulah menguatkan dan mengeratkan hubungan kami. 🙂
Ni wajib setiap kali habis kelas, mesti nak kena ambil gambar ramai-ramai macam ni. Kali ni, kami nak mengaum! Mengaum untuk projek ke Austria dan Hungary.
Balik rumah, tak boleh tidur sebab tak sabar dah nak buat macam strategi yang diberi. 
Austria and Hungary ONN!!!!
Share This