Hello peminat-peminat Kim Jong Kook. Uoll semua dapat tak jumpa dengan Kim Jong Kook sewaktu live showcase nya sempena pelancaran Encorp Strand Mall bulan June lepas. Mesti excited dan seronok kan. Zaza memang excited nak tengok Kim Jong Kook sekali lagi.
Hari tu kebetulan Zaza ada majlis SM/SSM, so, dah plan, lepas je habis majlis terus nak pecut ke Encorp Strand Mall. Tapi, cerita sedihnya.. Jalan agak jem. Haish, tension je, hari Sabtu pun KL tetap penuh dengan kereta. Nak dijadikan cerita, Zaza sampai-sampai je dekat Encorp Strand Mall, showcase Kim Jong Kook pun habis.. Hehe.. Frust la jugak. Kim Jong Kook, sila lah datang Malaysia sekali lagi.

Tak dapat bergambar dengan orangnya, dapat bergambar dengan gambar pun jadilah.. Hehe.. Nampak tak macam kecewa je bunyinya.
Nak ambil gambar dekat sini pun, kena beratur ok. :p
First time datang ke Encorp Strand Mall. Tak sempat nak round-round lagi dekat sini.

Untuk mengubati kekecewaan tak dapat jumpa Kim Jong Kook, Zaza dinner dekat Seoul Garden, KL Festival City. Nak rasa juga aura-aura korea tu kan.. Hehe.. Suka datang sini. Sebab bagi Zaza harga dia berpatutan. RM40.88++ untuk seorang dan boleh makan apa saja. 

 Nyum nyum

 Ni my sister. Untuk ubati kekecewaan, kita makan je lah makanan favourite Kim Jong Kook 🙂

 Seoul Garden ni ada banyak outlet. Kalau nak tau outlet di Malaysia ni, boleh je layari website 

Ini masa tahun lepas di mana Kim Jong Kook bertemu dengan peminat  Malaysia di Paradigm Mall.
Zaza hanya dapat tengok dari atas je masa tu sebab terlampau ramai sangat yang dah berkhemah awal untuk lihat Kim Jong Kook secara dekat.
Harap-harap Zaza berpeluang lah jumpa Kim Jong Kook secara live sekali lagi. Kalau boleh nak semua member dalam Running Man pun hadir sama.
Share This