Zaza bukanlah pengumpul tegar koleksi dari Zawara. Tapi ini merupakan koleksi kedua Zaza dari jenama Zawara. Yang first yang Zaza pakai waktu sesi fotografi untuk projek Ratu Premium Beautiful. 
Zaza suka sangat skirt Zawara ni. Memang dah lama cari cutting skirt yang bentuk A shape ni. Tapi kebanyakannya terlalu kembang. Yang skirt Zawara ni, dia tak terlalu kembang, dan bila jalan, tak rasa rimas dan kain pun tak berat.
Ini yang buat rasa macam nak kumpul ketiga-tiga warna skirt ni. Haha, melampau tak.
Kalau uoll tau ada skirt yang cutting macam ni tolong bagitau Zaza boleh? 😀
Share This