Apakah Itu Hematoma Telinga?
Pengumpulan cecair atau darah akibat kebocoran salur darah pada cuping telinga. Cairan ini terperangkap di antara kulit dan tulang rawan telinga.



Apakah puncanya?
Bila kucing kita menggaru atau menggoncangkan kepala dengan ‘ekstrem’ atau kuat, akan berlakunya pecahan pada salur darah dan berlakulah Hematoma…bukan Hema Malini ye! Hehehe. Ade beberapa punca berlakunya Hematoma ni antaranya ;
  1. Trauma
  2. Goncangan atau garuan yg kuat dan kasar pada kawasan kepala atau telinga yg disebabkan oleh kutu telinga (ear mites), hama, kutu, alahan ataupun jangkitan pada luar cuping telinga. Sekiranya kucing anda dijangkiti penyakit ini, bawa dia berjumpa dengan vet yang berhampiran.

Simptom Hematoma Telinga
  • Bengkak atau benjolan pada bahagian telinga. Kawasan tersebut akan menjadi lembut, suam dan dipenuhi cecair. Kegagalan mendapatkan rawatan segera akan menyebabkan kecacatan seumur hidup yg dikenali sebagai “telinga kobis” atau dalam bahasa penjajahnya “cauliflower ear”.
Pengecaman
Vet dengan mudah dapat mengenalpasti hematoma telinga dengan sekali imbas berdasarkan rupa fizikal telinga kucing anda. Walaubagaimanapun, ketumbuhan juga menunjukkan symptom yang sama. Jadi, kebarangkalian untuk vet melakukan ujian adalah tinggi. Biasanya vet akan menggunakan jarum untuk memecahkan gelembung tersebut dan mengambil sedikit sampel cairan dan dianalisa menggunakan mikroskop. Jika cairan tersebut mengandungi darah, maka 100% hematoma telinga. Dari situ, vet juga akan mengenalpasti punca berlakunya hematoma tersebut.



Rawatan
Sekiranya tidak serius, vet akan pecahkan gelembung dan mengeluarkan semua cairan yang terkumpul. Kemudian antibiotic dan ubat bengkak akan disuntik untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Tapi, cara ni mudah untuk kes hematoma telinga yg kecil dan kebarangkalian untuk kes berulang semula adalah tinggi sekiranya rawatan tidak diberi sepenuhnya.

Sekiranya kes hematoma yang serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan. Secara tipikalnya, vet akan membuat belahan kecil pada bahagian yang dijangkiti dan membuang lendiran dan darah yang terkumpul. Belahan tersebut akan dibiarkan sehingga cecair ataupun darah terkumpul benar-benar kering. Kemudian, jahitan dan balutan bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk. Jika perlu. E-collar (Elizabeth collar) akan dipakaikan bagi mengelak si comel menggaru kawasan yg dirawat. Selain itu, punca berlakunya hematoma telinga akan dikenal pasti dan dirawat bagi mengelakkan pengulangan kes. 

Share This