Jangan tak tau, kucing pun ada penyakit stress tau.  Tanggungjawab kita untuk pastikan yang kucing kita sentiasa berada dalam keadaan happy dan tidak stress.
Kenapa kucing stress?
  • Kucing indoor mudah stress kerana bosan. 
  • Sesetengah baka kucing seperti kucing siam mudah stress kerana tabiatnya yang lambat mesra dengan baka kucing lain.
  • Kucing terlalu banyak
  • Kucing yang matang mudah stress apabila waktu mengawan mereka tiba, terutama jika tidak mendapat pasangan yang sesuai
Tanda-tanda Stress Yang Kronik

  • Terlalu banyak tidur dengan ekornya dilingkarkan kepada badan,
  • Terlalu banyak membersihkan muka dan ekor
  • Suka menyembunyikan diri dan mengasingkan diri daripada kucing lain.
  • Mudah terkejut kepada bunyi-bunyian yang datang secara tiba-tiba.
  • Kencing merata-rata di dalam rumah
Kenapa Stress Bahaya?
Stress kucing jika tidak ditangani akan mendorong untuk si kucing mengalami banyak sakit kronik. Bulu gugur, tidak mau makan dan ada kalanya hingga mengakibatkan tenat dengan penyakit yang membawa maut.
Cara Tangani Stress Kucing
  • Sediakan cat-tree atau tempat untuk mereka memanjat. Hormati naluri habitat semulajadi mereka yang suka memanjat.
  • Ajak mereka bermain selalu, sekurangnya 20 minit sehari.
  • Sediakan tempat untuk mereka mencakar bagi menghilangkan stress mereka.
  • Selalulah berinteraksi dan membelai mereka bila mereka menunjukkan tanda-tanda stress.
  • Sediakan kotak pasir, mangkuk air dan mangkuk kibbles yang cukup untuk kucing indoor yang banyak.
  • Selalu berikan multi-vitamin atau vitamin C untuk mengurangkan stress mereka.
  • Jika kucing sudah matang dan tidak berhajat untuk memiliki lebih banyak kucing, sebaiknya dimandulkan mereka untuk kurangkan stress.
Harap tips di atas dapat membantu menangani stress kucing anda. Sayangi dan hargailah mereka.
Ini Jasmine… Alhamdulillah sudah almost 16 tahun hidup bersama. I love you Min… Muahh…

I love you Jerry
Share This