Setiap orang pasti ada impian dan cita-cita kan. Zaza pun memang tak terlepas dari mempunyai impian sendiri. Impian Zaza ingin bahagiakan keluarga. Kalau boleh nak hidup senang dan selesa tanpa bebanan masalah kewangan. 
Nak capai impian tu memang kena kerja kuat lah dari sekarang. Orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. So, inilah apa yang Zaza lakukan sekarang. Cuba keluar dari kepompong kehidupan.
Memang banyak yang kena Zaza belajar dan fahami. Nak berjaya bukannya semudah ABC, tapi memerlukan banyak perngorbanan masa dan tenaga, dan memerlukan kekuatan diri dan kesanggupan. Kalau awal-awal kita dah kata tak sanggup, so mungkin kehidupan kita hanya setakat itu je lah. Lihat saja orang yang dah berjaya. Apa yang dia lakukan untuk sampai ke tahap itu? Sudah pastinya dia mempunyai kesanggupan yang tinggi dan sudah tentu jalan yang dia lalui tak semudah yang kita sangkakan.
Tapi untungnya dalam Top Leaders Circle, kita tak lakukan seorang diri. Jadi, apa saja yang kita alami baik gembira atau sedih, kita  boleh kongsikan bersama dengan mereka. Ada guidance yang buat Zaza rasa bersemangat dan boleh je tiru cara mereka berniaga. Memang sentiasa ada tips dari mereka ini. Untung sangat berada dalam group yang sentiasa berfikiran positif 🙂
Yang baju kuning tu Arni. Arni ni pun, Zaza kagum dengan kesungguhan beliau. Walaupun bekerja dan ada seorang anak, tapi Arni sentiasa ligat dengan Premium Beautiful ni, sampaikan boleh habiskan 10 set PB tak sampai sebulan pun. 
Ini dengan Ana. Ana ni salah seorang mentor Zaza yang dah mula mengorak langkah mencapai kejayaan demi kejayaan dalam business ni. Ana dah buat full time dah sekarang. Sekarang ni masa dengan anak pun semakin banyak. Kalau dengan Ana ni kan, ada je plan yang dia berikan kat Zaza bila setiap kali jumpa. Senang kerja kan, tak payah nak pening kepala fikirkan plan, tup-tup dah terus dapat dari Ana. 🙂
Ini Lynna, salah seorang business partner Zaza. Lynna ni memang bergerak aktif di sekitar Setapak, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Gombak. Pun dah buat full time business sekarang. Dah tak stress kat tempat kerja lagi dah. Sekarang ni dah boleh jadi boss untuk business ni 🙂 Zaza memang suka dan bangga dengan kesungguhan Lynna ni. Tak cepat melatah dan mengalah. Nak berjaya mana boleh ada perkataan putus asa kan?
Yang pasti, Zaza happy dengan kehidupan Zaza sekarang. Dikelilingi dengan mereka yang positif, automatik kita pun jadi positif.
Zazalina

019 307 5397
Share This