Segala-galanya memerlukan pengorbanan. Kalau kita asyik nak melayan perasaan malas ataupun mood kita, sampai bila pun kita akan berada di tahap itu je. Perasaan nak berjaya tu ada tapi malas. Agak-agak, kalau kita tak buat apa-apa boleh ke nak berjaya..
Segalanya memerlukan pengorbanan. Dalam Islam pun mengatakan jihad paling besar adalah jihad melawan nafsu. Kalau kita dapat atasi nafsu malas tu dikira hebat. Tapi, kita bukan nak dianggap hebat cuma perkara itu akan membuahkan hasil yang baik. Kita bukan buat untuk susah. Susah sekarang hanya sementara saja. Sementara dikurniakan kesihatan yang baik ini, lebih baik kita ambil seberapa peluang yang ada.
Sama juga dalam business. Tak boleh malas-malas. Tak boleh nak selalu layan mood. Kalau kita asyik layan perasaan tu, memang lah tiada apa-apa hasil pun yang kita dapat.
Share This