Siapa peminat Leessang angkat tangan? Wow seronoknya peminat-peminat Leessang, mereka datang buat pertama kalinya ke Malaysia untuk showcase. Leesang 1st Asia Showcase in Malaysia! Sepatutnya bulan Nov tahun lepas, tapi dah di cancelled dan ditukar pada 11 Jan 2014. Dan, yes, kali ni, saya join showcase ni. Agak excited lah jugak sebab sebagai peminat Running Man, tentulah nak tengok Kang Gary secara dekat kan. Kalau sebelum ni, saya tak dapat tengok showcase Kim Jong Kook masa kat KL, so, dapat tengok showcase Gary pun takpa lah.
Hari yang ditunggu akhirnya sampai. Tiket memang dah beli sebulan awal. Sebelum ke showcase tu, saya sempat singgah stokis untuk ambil stok Bb Plus yang memang sentiasa dapat permintaan hebat. Balik dari stokis, terus ke Kenanga Wholesale City Showcase. 
Sampai sana, terus ke ground floor nak ambil tiket. And ada jual merchandise Leessang. Saya beli Tshirt, tapi cuma ada 1 saiz je. Dah beli tu, terus pergi ladies tukar tshirt, barulah semangat tu lebih membara lagi.
Semangat, terus tukar baju Leessang ๐Ÿ™‚

Seronok sungguh Cik Zai kita ni, maklumlah nak jumpa oppa dia ๐Ÿ˜‰
Semua sabar menanti ๐Ÿ˜‰
Show start pukul 7.30 malam. Tempat duduk saya dekat tengah-tengah dewan, so takdalah jauh sangat dari pentas. Mereka mulakan dengan menyanyikan lagu-lagu popular mereka. Kekuatan utama Leessang ialah kreativiti mereka yang mereka curahkan dalam menghasilkan karya mereka. Yang menarik tentang Leessang, mereka tak perlukan pun koreografi atau penari, seperti kpop yang lain. Dengar mereka rap tu pun, dah buat penonton jadi histeria. Walaupun ada kerusi, tapi, semua pun berdiri dan menari bersama tiap kali Leessang menyanyi. Antara lagu yang mereka nyanyi ialah lagu Girl Who Canโ€™t Break Up and Boy Who Canโ€™t Leave, Lets me up, Youโ€™re the Answer to A Guy Like Me, Iโ€™m Not Laughing dan Turn Off the TV. Oh ya, sebelum start show, emcee dah buat cabutan bertuah untuk penonton, yang mana mereka akan bersama-sama dengan Gary dan Gill dalam permainan berdiri atas surat khabar dan music chair.


Lagu-lagu Leessang memang best


Kesimpulannya, saya rasa tak puas sangat. Show sangat sekejap, lebih kurang sejam je. Sampai kami semua macam tertanya-tanya, dah habis ke? ? Macam tak percaya je. Dari segi lain, show mereka memang best lah, tak dinafikan. Lepas ni, harap-harap, semua ahli Running Man akan datang bersama-sama ke Malaysia pula. 

Balik dari Leessang 1st Asia Showcase in Malaysia tu, sempat pula saya cod BB Plus dekat client. Dalam sibuk-sibuk ber Kang Gary, business tetap on. ๐Ÿ˜‰


Yeay, I really enjoyed the show. Hope all Running Man members will come together to Malaysia ๐Ÿ˜‰


Share This