Alhamdulillah syukur berpeluang meraikan majlis ulangtahun syarikat yang ke 22. Syukur sebab syarikat yang Zaza naungi ini merupakan antara syarikat yang terbaik di Malaysia dan bertahan lebih dari 20 tahun. Majlis dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato’ Sri Hassan Bin Malek.
Di majlis ini juga, meraikan CDM baru untuk tahun 2014. Dan yang specialnya kali ini sebab Zaza punya mentor sendiri, Salleha Roslan tersenarai antara puluhan CDM yang lain. InsyaAllah, Zaza juga akan ke pentas utama juga menerima anugerah CDM ini nanti. Bagi yang tak tau lagi, CDM ataupun Crown Diamond Manager ni merupakan pangkat tertinggi dalam business ini. Dan bila dah bergelar CDM bermakna mempunyai empayar yang kukuh dan luas dan income juga sudah berpuluh ribu sebulan. Fuh, menggeletar Zaza dengar. Kerja 10 tahun pun, belum tentu income kita boleh capai sampai 20 ribu sebulan. Tapi dalam perniagaan ini, dalam masa 2-3 tahun je dah boleh capai sebanyak itu malah boleh dapat lebih lagi.
Selain dari CDM Salleha, seorang lagi CDM yang diraikan dalam Top Leaders Circle ini ialah CDM Nur. CDM Nur ni Zaza memang suka dengar kalau dia berucap. Sebab kata-katanya jelas dan padat. Beliau sebelum ni merupakan lecturer tapi ambil keputusan untuk buat business secara full time.

Tahniah kepada CDM Salleha dan CDM Nur. Kejayaan mereka berdua sudah tentu menyuntik semangat kami di Top Leaders Circle untuk kami buat lebih lagi dan untuk jadi seperti mereka.

Anggun bergaya mentor-mentor TLC ni. Dari kiri CDM Salha Zain, sohonita icon Malaysia, CDM Nur, CDM Salleha Roslan dan CDM Izyan
Majlis memang meriah sangat. Artis jemputan hari itu ialah penyanyi terkenal yang juga dikenali sebagai ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid. Lagu-lagu yang dinyanyikan memang bernostalgia terutama sekali lagu Sinaran.
CDM Hamisah yang merupakan salah seorang mentor kami terpilih sebagai speaker untuk majlis itu.
Ini sebahagian dari gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan hari itu.
CDM Salleha dan suami, diraikan di red carpet. Dah macam ala-ala grammy award pula 😀
Cantik lah kedua-dua mentor Zaza ni. Slim gitu dengan Premium Beautiful 😀
Dengan CDM Salleha. Kalau dengar kisahnya sebelum ni, bagaimana beliau bermula dengan bisnes ni memang sangat terharu. Tapi beliau kuatkan semangat dan tepis semua halangan. Kisah beliau tu memang Zaza jadikan inspirasi untuk Zaza terus berusaha lagi. Seperti kata beliau, kalau tiba-tiba rasa seperti nak mengalah, lihatlah wajah-wajah orang yang dah berjaya, dan automatik kita pun akan jadi kuat dan bersemangat.
Dengan mentor comel, Ana. Walaupun berbadan kecil, tapi berimpian besar. Hari-hari ada je kata-kata motivasi dan strategi dari beliau untuk kami.
Dengan Nuzul, salah seorang mentor Zaza. Suka lihat Nuzul, walaupun berada di Kuantan, tapi tak pernah pun anggap jauh tu sebagai halangan untuk membentuk Zaza. Dan, jangan terkejut kalau Zaza cakap, Nuzul ni merupakan top agent Premium Beautiful di Pahang. Kaum lelaki pun dah menguasai pasaran Premium Beautiful. So, tiada alasan kalau kata bisnes Premium Beautiful hanya untuk wanita saja. Lelaki pun dah hebat tau. 😀
Bersama bisnes partner Lynna Hassan. Bangga dan kagum dengan kesungguhan Lynna. Walaupun menghadapi pelbagai halangan, tapi beliau tak pernah putus asa dan hasilnya, beliau kini dah menguasai pasaran di kawasan Sri Rampai dan Setapak.
Dengan Arni. Kagum dengan Arni, walaupun baru je bermula, Arni dah berjaya jual 10 set Premium Beautiful tak sampai sebulan. Siapa kata susah nak jual Premium Beautiful ini?
Sama juga seperti Arni, Jannah ni pun berjaya jual lebih 10 set Premium Beautiful dalam masa tak sampai sebulan.
Dengan Ckin Ali. Teman setia ke kelas dan aktiviti bisnes 😀
Sebahagian dari Top Leaders Circle. Kami ni dah seperti adik beradik. Sentiasa je beri semangat antara satu sama lain dan sentiasa je tolong menolong. 
Dengan partners in crime. Persamaan ketara kami, kami ni je yang masih single. Ahaks…
Meriahnya bila bersama meraikan mentor kesayangan kami CDM Salleha. InsyaAllah, kami akan jadi seperti beliau. 
Jumpa lagi tahun hadapan, dengan ramai lagi CDM yang bakal dilahirkan.
Share This