Dari minggu lepas lagi plan dengan Iynas nak tengok movie Maleficent ni. Tapi asyik tergendala je sebab masing-masing sibuk dengan appointment sana sini. So akhirnya Sabtu baru ni, plan yang tertangguh tu on! Macam biasa kami tengok dekat Cathay Cineplex di e@Curve. Best tau cinema ni. Ada 16 hall semuanya dilengkapi dengan digital audio, dan memang selesa sangat.
Ok, berbalik pada movie Maleficent ni. Memang Malificent ni best sangat! Zaza memang suka animation Disney. Dan memang suka dengan cerita-cerita fairy tale Disney, so sebab tu, bila dapat tau je Maleficent ni dah ditayangkan terus plan nak tengok.
Ok, movie ni memang lain dari cerita asal Sleeping Beauty. Kalau nak tau bagaimana lainnya, segeralah pergi ke cinema terdekat untuk menonton filem ni, dan memang puas hati lah dengan cerita ni 🙂

Zaza dan Iynas buat kesimpulan sendiri dari movie ni. Yang mana, orang yang kita sangkakan baik sebenarnya boleh jadi musuh dalam selimut. Dan orang yang kita sangkakan jahat sebenarnya berhati mulia. 🙂 Dan lagi, true love bukan hanya untuk pasangan kekasih tapi sebenarnya true love itu wujud di dalam perhubungan ibu dan anak 🙂 
So apa pendapat uoll pula tentang movie ni? Jom kita sama-sama berkongsi pendapat 🙂
Share This